Skrin Utama Anda; Petua Skrin Sentuh - LG D315 User Manual

Hide thumbs Also See for D315:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Skrin utama anda

Petua skrin sentuh

Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Sentuh atau ketik – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada
papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya dan tidak
mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku. Contohnya, untuk membuka pilihan
tersedia kenalan, sentuh dan tahan kenalan dalam senarai Kenalan sehingga menu konteks
terbuka.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, gerakkan
jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan. Anda boleh
menyeret item pada skrin Utama untuk menukar kedudukannya.
Leret atau luncur - Untuk meleret atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari anda
merentasi permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda menyentuhnya
(maka, anda tidak menyeret item). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas atau ke
bawah untuk menatal melalui senarai, atau menyemak imbas melalui skrin Utama berbeza
dengan meleret dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Contohnya,
dengan cepat ketik dua kali bahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu untuk
disesuaikan dengan lebar skrin. Anda juga boleh mengetik dua kali untuk zum masuk dan
keluar selepas melihat gambar dan semasa menggunakan Peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau
mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menggunakan penyemak imbas, Peta
atau semasa melihat gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut
orientasi fizikal peranti.
28

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents