LG D315 User Manual page 10

Hide thumbs Also See for D315:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon
anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan kerosakan,
malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda
seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volumnya
berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini
khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
8

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents