Skrin Utama Anda; Petua Skrin Sentuh; Skrin Utama - LG -D620k User Manual

Table of Contents

Advertisement

Skrin Utama Anda

Petua skrin sentuh

Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan mengetiknya dan tidak mengangkat jari anda
sehingga tindakan berlaku. Contohnya, untuk membuka pilihan tersedia kenalan, sentuh dan tahan kenalan
dalam senarai Kenalan sehingga menu konteks terbuka.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, gerakkan jari anda pada skrin
sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan. Anda boleh menyeret item pada skrin Utama untuk
menukar kedudukannya.
Sapu atau luncurkan – Untuk sapu atau luncurkan, dengan pantas gerakkan jari anda merentasi permukaan
skrin, tanpa berhenti semasa anda mula-mula mengetiknya (supaya anda tidak menyeretnya pula). Contohnya,
anda boleh meluncur skrin ke atas atau ke bawah untuk menatal melalui senarai, atau menyemak imbas melalui
skrin Utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Contohnya, dengan cepat ketik dua kali
bahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu untuk disesuaikan dengan lebar skrin. Anda juga boleh
dwiketik untuk zum masuk dan keluar semasa melihat gambar.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau mengembang untuk
zum masuk atau keluar semasa menyemak imbas Peta atau gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut orientasi fizikal
peranti.
NOTA:
Untuk memilih item, ketik bahagian tengah ikon.
Jangan tekan terlalu kuat, skrin ketik cukup sensitif untuk mengesan ketikan yang
ringan, namun teguh.
Gunakan hujung jari anda untuk mengetik pilihan yang anda kehendaki. Berhati-hati
supaya tidak mengetik kekunci lain.

Skrin utama

Skrin utama ialah titik permulaan untuk banyak aplikasi dan fungsi serta membenarkan anda menambah item
seperti pintasan aplikasi atau widget Google untuk memberikan anda akses segera kepada maklumat dan
aplikasi. Ini ialah kanvas lalai dan dapat diakses dari sebarang menu dengan mengetik
24
.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

G2 mini

Table of Contents