Kemas Kinian Perisian Telefon - LG D315 User Manual

Hide thumbs Also See for D315:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kemas kinian perisian telefon

Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon bimbit LG daripada Internet
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila lawati http://www.lg.com/
common/index.jsp
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda kepada versi terkini
daripada Internet dengan mudah tanpa melawati pusat servis. Ciri ini tersedia hanya jika
dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon mudah alih memerlukan perhatian
penuh pengguna sepanjang tempoh proses kemas kini, sila pastikan anda memeriksa
semua arahan dan nota yang muncul pada setiap langkah sebelum meneruskannya.
Sila ambil perhatian bahawa menanggalkan kabel data USB semasa naik taraf boleh
menyebabkan kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
NOTA: LG berhak membuatkan kemas kinian peralatan tegar hanya
tersedia bagi model dipilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak
menjamin ketersediaan versi lebih baru peralatan tegar bagi semua model
telefon bimbit.
Kemas kinian Perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air (OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih baru
dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung menggunakan kabel data USB. Ciri ini
tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia
bagi peranti anda.
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak versi perisian pada telefon mudah alih anda:
Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > Pusat kemaskini > Kemaskini perisian
> Semak sekarang untuk kemas kinian.
98
pilih negara dan bahasa anda.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents