LG D315 User Manual page 17

Hide thumbs Also See for D315:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang
serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi
tersebut dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan kunci skrin
Tetapkan kunci skrin untuk mengunci telefon anda bagi mengelakkan penggunaan yang
tidak dibenarkan. Daripada skrin Utama, ketik tab
tab Paparan > Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Tiada, Seret, Knock Code, Membuka
kunci Muka, Corak, PIN atau Kata laluan. Jika anda memilih Corak, anda akan digesa
untuk membuat PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa kunci skrin
anda.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan kunci skrin dan
ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci skrin anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati kunci skrin yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan kunci skrin
yang salah sebanyak 5 kali. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
> Apl (jika perlu) > Tetapan
>
15

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents