Pembersihan Dan Penyelenggaraan - ResMed Power Station II-V2 User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4

Pembersihan dan penyelenggaraan

AMARAN
Jangan rendam pek bateri dalam air, dan jangan gunakan cecair untuk
membersihkan mana-mana bahagian produk ini.
1.
Tanggalkan pek bateri daripada unit bekalan kuasa dan peranti. Cabut semua kabel.
2. Lap bahagian luar pek bateri, kit pengganding bateri, kabel DC, dan penyesuai
dengan kain bersih.
Penyimpanan
AWAS
Pek bateri mesti dicas sehingga 100%, dan tahap ini ditunjukkan oleh empat LED
hijau dan dimatikan sebelum disimpan. Anda mesti mengecas semula pek bateri
kepada 100% sekali lagi selepas enam bulan disimpan. Apabila tidak digunakan,
semua bateri ion litium ternyahcas sendiri dari semasa ke semasa. Jika tidak
dicas semula secara berkala (iaitu setiap enam bulan), akhirnya pek bateri akan
nyahcas sendiri sehingga tidak boleh dicas semula. Jika perkara ini berlaku, pek
bateri tidak boleh digunakan lagi dan tidak boleh dipulihkan.
Simpan pek bateri di tempat yang sejuk dan kering.
Perhatian: Apabila dibiarkan dalam keadaan hidup, pek bateri yang bercas penuh akan
ternyahcas sendiri sehingga 0% daripada kapasiti penuh dalam tempoh empat minggu
dalam simpanan. Apabila dimatikan, pek bateri ternyahcas sendiri kepada 0% daripada
kapasiti penuh dalam tempoh enam bulan dalam simpanan.
Servis
Pek bateri ini bertujuan untuk memberikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai
apabila digunakan dan diselenggara mengikut arahan yang disediakan oleh ResMed.
Tiada servis yang diperlukan semasa hayat pek bateri.
Hayat reka bentuk sistem yang dimaksudkan tidak termasuk pek bateri ialah 2 tahun.
Hayat reka bentuk pek bateri yang dimaksudkan ialah 500 kitaran cas semula. Selepas
500 kitaran cas semula, pek bateri akan bertahan kira-kira 60% daripada keadaan asalnya.
Cas penuh dalam pek bateri yang lama tidak akan bertahan selama pek bateri baharu.
Seperti semua peralatan elektrik lain, jika terdapat sebarang ketaksekataan yang jelas,
anda perlu berhati-hati dan menghubungi wakil perkhidmatan ResMed yang sah.
Melakukan perjalanan
Rujuk dengan syarikat pengangkutan yang anda ingin naiki jika anda bercadang untuk
membawa pek bateri ini bersama-sama peranti anda.
Penyelesaian masalah
Jika terdapat masalah, anda boleh cuba cadangan berikut. Jika masalah tidak dapat
diselesaikan, hubungi pembekal peralatan anda atau ResMed. Jangan cuba untuk
membuka pek bateri tersebut.
Bahasa Melayu 5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents