Mengantikan Penapis; Arahan Tentang Pelupusan; Syarat-Syarat Waranti; Resipi - Bosch MES4000GB Operating Instruction

Hide thumbs Also See for MES4000GB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ms
Amaran!
JANGAN gunakan agen pembersih yang
melelas. Permukaan mungkin rosak.
Membersihkan penapis dengan berus,
seterusnya membilas dengan air atau
membersihkan dalam mesin pembasuh
pinggan.
Perubahan warna pada penapis dan
bilah mayang seramik (contohnya
daripada lobak merah, ubi bit) boleh
dihilangkan dengan mudah dengan
sedikit minyak sayuran.
Mengelapkan unit motor dengan kain
lembap, jika diperlukan juga dengan
sedikit cecair pencuci.
Mengeringkan unit motor dengan segera.
Semua bahagian-bahagian yang lain
boleh dibersihkan dalam mesin pem-
basuh pinggan.
Bahagian-bahagian plastik yang telah
dinyahwarnakan (spt. cth. disebabkan oleh
lobak merah, ubi bit) boleh ditanggalkan
dengan beberapa titik minyak sayuran.
Masukkan bahagian-bahagian peralatan
ke dalam mesin pembasuh pinggan (hanya
yang tahan mesin pembasuh pinggan).

Mengantikan penapis

Gantikan penapis jika ada tanda-tanda awal
haus dan kerosakkan untuk menghalang
sebarang risiko koyakan.
Jika peralatan digunakan setiap hari,
penapis patut digantikan selepas lebih
kurang 5 tahun.
Maklumat penting
Penapis boleh ditempah dari khidmat
pelanggan (no. pesanan 00754210).

Arahan tentang pelupusan

Perkakas ini telah dikenal pasti selaras
dengan arahan Eropah 2012/19/EG
bagi Sisa Kelengkapan Elektrik dan
Elektronik (Waste Electrical and
Electronic Equipment – WEEE).
Arahan ini membuka jalan bagi penarikan balik
dan penggunaan seluruh EU yang berkesan
untuk peralatan sisa.
Sila bertanya wakil penjual anda atau pihak
berkuasa tempatan anda tentang cara-cara
pelupusan semasa.
8

Syarat-syarat waranti

Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil
kami di negara tempat ia dijual.
Butir-butir tentang syarat-syarat ini boleh
didapati daripada wakil penjual tempat
perkakas dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan
apabila anda hendak membuat apa-apa
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.

Resipi

Smoothie yogurt tembikai
(Untuk 4 minuman)
200 g yogurt asli
2 sudu besar pulpa vanila
2 sudu besar madu, secukup rasa
400 g pulpa buah tembikai, tanpa kulit dan
biji
Campurkan yogurt dengan pulpa vanila
dan madu sehingga sebati dan tuangkan
ke dalam gelas yang tinggi.
Potong tembikai ke dalam keping yang
sesuai dan perah jusnya.
Tuang ke dalam yogurt dan hiaskan
dengan sepotong tembikai jika perlu.
Minuman kefir timun
(Untuk 4 minuman)
2 biji timun
800 g kefir
200 g yogurt
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar daun dil yang baru dicincang
Garam laut
Lada yang baru dikisar
Basuh timun, bersihkan dan dipotong
dengan pengupas kepada empat jalur.
Timun yang selebihnya dijadikan jus.
Kemudian campurkan jus dengan kefir,
yogurt, minyak dan jus lemon.
Kemudian kacau masuk daun dil dan
perasakan minuman dengan garam dan
lada secukup rasa.
Cucukkan jalur timun dalam lidi kayu
untuk membentuk lipatan konsertina.
Tuang minuman ke dalam gelas dan
letakkan lidi timun di atas gelas.
Robert Bosch Hausgeräte GmbH

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents