Bosch MES4000GB Operating Instruction page 4

Hide thumbs Also See for MES4000GB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ms
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi pada
plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja.
Jangan menggunakan perkakas jika kord kuasa dan/atau perkakas
telah rosak. Sila memeriksakan peralatan sebelum setiap kegunaan,
khususnya pada penapis dan ceper penapis, supaya mencari
kerosakkan (retakan, ketidaksempurnaan).
Jangan menggunakan perkakas jika penapis atau penutup rosak atau
jika retakan dapat dilihat.
Sentiasa cabut palam perkakas dari bekalan jika ia ditinggalkan tanpa
dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau membersihkan-
nya. Jangan meletakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau
permukaan yang panas.
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau
orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki perkakas.
, Arahan keselamatan untuk perkakas ini
Risiko kejutan elektrik!
Risiko kecederaan!
Jangan merendam unit asas dalam cecair dan jangan membasuhnya
dalam pembasuh pinggan mangkuk. Hanya gunakan suis putar untuk
menghidupkan atau mematikan perkakas.
Sebelum menggantikan aksesori atau alat ganti tambahan, yang
bergerak semasa operasi, matikan perkakas dan putuskan sambun-
gan bekalan kuasa.
Jangan buka peralatan sebelum motor dimatikan.
Peralatan ini ditujukan untuk kegunaan satu orang sahaja.
Risiko kecederaan!
Awas ketika menutup penahan, jika tidak, anda mungkin tersepit jari
anda. Jangan masukkan jari ke dalam lubang pengisian.
Hanya menggunakan penolak yang dibekalkan!
Jangan menentul pisau cincang/pisau pada dasar penapis.
Membersihkan penapis dengan berus, seterusnya membilas
dengan air atau membersihkan dalam mesin pembasuh pinggan.
Penting!
Memproses buah-buahan dan sayur-sayuran yang masak dan tidak
berada dalam keadaan beku. Buah-buahan dan sayur-sayuran
yang belum masak akan menyekat penapis dengan cepat.
Kosongkan bekas pulpa sebelum pulpa melampau ceper penapis.
Jika peralatan terketar-ketar semasa penggunaan, penapis telah
tersumbat atau rosak. Matikan peralatan dengan segera.
Memeriksakan penapis. Jangan gunakan penapis rosak.
4
Robert Bosch Hausgeräte GmbH

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents