Download Print this page

ResMed AirFit P10 User Manual page 32

Nasal pillows system
Hide thumbs Also See for AirFit P10:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 5
Apabila memasang topeng, jangan memakai alat di kepala terlalu
ketat kerana ini boleh menyebabkan kemerahan kulit atau luka di
sekitar kusyen topeng.
Jangan menyeterika alat di kepala kerana ia diperbuat daripada
bahan yang sensitif haba dan akan rosak.
Selepas setiap penggunaan/Setiap hari:
Menyahpasang bantal dari bingkai mengikut arahan menyahpasang.
Bersihkan komponen topeng yang dipisahkan (tidak termasuk alat
kepala), dengan perlahan-lahan menggosok dalam air suam (kira-kira
30°C) dengan menggunakan sabun yang lembut.
Bagi mengoptimumkan kekedapan topeng, minyak muka perlu
dibuang dari bantal selepas digunakan.
Gunakan berus berbulu lembut untuk membersihkan bolong.
Periksa setiap komponen dan cuci sekali lagi sehingga nampak bersih,
jika perlu.
Bilas semua komponen dengan baik menggunakan air minuman dan
biarkan ia kering jauh dari cahaya matahari.
Apabila semua komponen termasuk bolong telah kering, pasang
semula mengikut arahan pemasangan semula.
Setiap minggu:
Rendam alat kepala di dalam air suam dengan cecair pencuci yang
lembut.
Cuci alat kepala dengan tangan menggunakan berus berbulu lembut.
Bilas alat kepala dengan teliti di bawah air yang mengalir.
Biarkan alat kepala kering jauh dari cahaya matahari.
Pemprosesan semula topeng antara pesakit
Proses semula topeng apabila digunakan untuk pesakit lain. Arahan
pemprosesan semula boleh didapati di ResMed.com/downloads/masks.
6

Advertisement

loading