Download Print this page

ResMed AirFit P10 User Manual page 29

Nasal pillows system
Hide thumbs Also See for AirFit P10:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 5
digunakan dengan peranti yang tidak serasi, kekedapan dan
keselesaan topeng mungkin tidak berkesan, terapi optimum tidak
boleh dicapai dan kebocoran atau perubahan dalam kadar
kebocoran boleh menjejaskan fungsi peranti CPAP atau dua
tahap.
Berhenti menggunakan topeng ini jika anda mempunyai
SEBARANG tindak balas buruk kepada penggunaan topeng ini,
dan rujuk pakar perubatan atau ahli terapi tidur.
Penggunaan topeng boleh menyebabkan sakit gigi, gusi atau
rahang atau menjadikan keadaan gigi sedia ada lebih teruk. Jika
gejala berlaku, rujuk pakar perubatan atau doktor gigi anda.
Sama seperti semua topeng, penyedutan semula udara mungkin
berlaku pada tekanan CPAP yang rendah.
Rujuk kepada manual peranti CPAP atau dua tahap anda untuk
butiran mengenai tetapan dan maklumat operasi.
Topeng ini tidak dicipta untuk digunakan secara serentak dengan
perubatan penebula yang ada dalam laluan udara topeng/ tiub.
Alihkan semua bungkusan sebelum menggunakan topeng.
Nota: Bagi apa-apa kejadian serius yang berlaku yang berkaitan dengan
peranti ini, ini perlu dilaporkan kepada ResMed dan pihak berkuasa
berwibawa di negara anda.
Menggunakan topeng anda
Apabila menggunakan topeng anda dengan peranti ResMed CPAP atau
dwi tahap yang mempunyai pilihan tetapan topeng, rujuk kepada bahagian
spesifikasi Teknikal dalam panduan pengguna ini untuk pilihan topeng.
Bagi senarai penuh peranti yang serasi untuk topeng ini, lihat Senarai
Keserasian Topeng/Peranti di ResMed.com/downloads/masks.
Peringatan:
Topeng ini tidak serasi untuk digunakan dengan peranti ResMed
AutoSet CS™ 2 dan VPAP™ Adapt SV.
SmartStart mungkin tidak beroperasi dengan berkesan apabila
menggunakan topeng ini dengan sesetengah peranti CPAP atau dwi
tahap yang mempunyai ciri ini.
Jika anda mengalami kekeringan atau kerengsaan hidung, anda
disarankan untuk menggunakan pelembap.
Bahasa Melayu
3

Advertisement

loading