Download Print this page

ResMed AirFit P10 User Manual page 30

Nasal pillows system
Hide thumbs Also See for AirFit P10:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 5
Pemasangan
1. Pegang bantal jauh dari hidung dan pastikan saiz bantal (contohnya, M)
dengan penunjuk sebelah kiri (L) dan kanan (R) betul menghadap anda
kemudian bawa bantal hidung ke dalam lubang hidung anda (L ke
dalam lubang hidung kiri anda, R ke dalam lubang hidung kanan anda).
Tarik alat kepala melepasi kepala anda dengan memegang getah
bahagian bawah dan regangkannya di sekitar belakang kepala anda.
Getah di bahagian atas perlu berada dengan selesa di atas kepala
anda.
Petua! Terdapat logo yang timbul pada bahagian atas bingkai jadi anda
boleh merasa cara yang betul apabila memasang dalam gelap.
2. Buka topeng dari muka anda dan kemudian letakkannya semula untuk
mendapatkan pemasangan yang selesa. Pastikan bantal hidung
dipasang dengan selamat ke dalam lubang hidung anda dengan kedua-
dua bantal pada kedudukan tegak.
3. Akhir sekali, sambungkan hujung tiub topeng ke dalam tiub udara
peranti anda. Topeng anda kini dipasang dan sedia untuk digunakan.
Apabila peranti sedang digunakan, sedikit angin akan dirasakan melalui
bolong. Bagi memeriksa bolong, letakkan jari rapat tetapi tidak
menutup keseluruhan kawasan bolong.
Pelarasan
Bagi memperbaiki kebocoran topeng, sesuaikan alat kepala dengan
menarik alat kepala melalui kancing. Sesuaikan hanya sekadar cukup
untuk kekedapan yang selesa dan jangan terlalu ketat. Anda mungkin
perlu menyesuaikan alat kepala kerana ia meregang dari masa ke masa.
Penanggalan
Bagi menanggalkan sistem topeng anda, tarik topeng dan alat kepala
melalui getah terpisah, ke atas dan melepasi kepala anda.
Menyahpasang
1. Pegang bahagian atas tiub topeng, tekan dan tarik bantal jauh dari
bingkai topeng.
2. Tanggalkan alat kepala dari penstabil dengan menarik penutup hujung
untuk menampakkan lubang butang.
3. Luncurkan alat kepala dari hujung penstabil.
4

Advertisement

loading