Pengendalian Mengikut Peraturan; Arahan Keselamatan Penting - Bosch VitaBoost MMBH6P6BGB Instruction Manual

High performance blender
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian mengikut peraturan

Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Penggunaan perkakas untuk memproses
kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik. Jangan
melebih kuantiti tinggi yang dibenarkan (Lihat "Resipi").
Perkakas ini sesuai untuk campur makanan cecair atau separa
pepejal, untuk kisar / cincang buah dan sayur mentah, untuk
memurikan makanan dan untuk kisar makanan beku (contohnya
buah) atau kiub ais. Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan
ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.

Arahan keselamatan penting

Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan bersama
manual ini.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan
betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang
berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda
kerosakan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada
perkasas, seperti penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh
dilakukan oleh servis pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya.
■ Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas
semasa menggunakannya!
■ Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan
panas, seperti plat panas. Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan
dengan bahagian panas atau menariknya di atas bahagian sisi
yang tajam.
Pengendalian mengikut peraturan
ms
13

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents