Pengendalian; Mangkuk Dan Alat - Bosch MUM?59...GB Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian

W Risiko kecederaan!
Jangan memasukkan palam sesalur 
sehingga semua persiapan untuk bekerja 
dengan perkakas telah lengkap.
W Perhatian!
Jangan mengendalikan perkakas tanpa 
aksesori / alat berada pada kedudukan 
pengendaliannya. Jangan mengendalikan 
perkakas yang kosong. Jangan 
mendedahkan perkakas atau aksesori 
kepada punca haba. Bahagian-bahagiannya 
tidak sesuai untuk gelombang mikro.
  ■ Sebelum mengendalikan perkakas 
dan aksesori untuk kali pertama, 
bersihkannya dengan teliti, lihat 
"Pembersihan dan servis".
Maklumat penting
Arahan kendalian ini mengandungi pelekat 
dengan nilai rujukan bagi kelajuan kendalian 
perkakas apabila menggunakan alat atau 
aksesori. Kami mengesyorkan pelekat ini 
dilekatkan pada perkakas (Rajah C).
Persediaan
  ■ Letakkan unit asas pada permukaan 
yang rata dan bersih.
  ■ Tarik kord sekali gus kepada panjang 
yang diperlukan (maks. 100 cm) dan 
lepaskan perlahan-lahan; kord dikunci 
(Rajah D).
  ■ Mengurangkan panjang kord: Tarik 
kord perlahan-lahan dan biarkannya 
menggulung panjang yang dikehendaki. 
Kemudian perlahan-lahan tarik kord 
sekali lagi dan lepaskan perlahanlahan; 
kabel dikunci.
Amaran!
Jangan pulas kord semasa 
memasukkannya. Jika perkakas mempunyai 
penggulung kord automatik, jangan 
memasukkan kord secara manual. Jika kord 
tersangkut, tarik keluar kord sepenuhnya 
dan kemudian biarkannya menggulung.
  ■ Masukkan palam sesalur.

Mangkuk dan alat

W Risiko kecederaan daripada alat yang
berputar
Semasa perkakas sedang dikendalikan, 
jauhi jari dari mangkuk adun. Pasang 
penutup (12) sebelum mengendalikan 
perkakas! Jangan menukar alat sehingga 
pemacu telah berhenti sepenuhnya – apabila 
perkakas dimatikan, pemacu akan terus 
bergerak sejenak dan berhenti di kedudukan 
pertukaran alat. Jangan menggerakkan 
lengan pengayun putar sehingga alat telah 
berhenti sepenuhnya. Atas sebab-sebab 
keselamatan, perkakas hanya boleh 
dikendalikan apabila pemacu yang tidak 
digunakan telah ditutup dengan pengadang 
pemacu (5, 8).
Perhatian!
Gunakan mangkuk dengan perkakas ini 
sahaja.
Pemukul aduk lentur profesional
(13) 
untuk mengacau doh, contohnya 
adunan kek
Pemukul profesional (14) 
untuk memukul putih telur, krim dan 
doh ringan, contohnya campuran span
Cangkuk uli (15) 
untuk menguli doh berat dan 
mengadun bahan yang tidak perlu 
dipotong (contohnya kismis dan cip coklat)
Maklumat penting mengenai
penggunaan pemukul
Rajah E:
Pemukul seharusnya hampir-hampir 
menyentuh dasar mangkuk untuk 
memastikan bahan-bahan diadunkan secara 
optimum. Jika tidak, melaraskan ketinggian 
pemukul seperti berikut:
  ■ Cabut palam sesalur.
  ■ Tekan butang Pelepas dan 
gerakkan lengan pengayun putar 
ke kedudukan 2.
  ■ Masukkan pemukul ke dalam pemacu 
sehingga pemukul terkunci pada 
kedudukannya.
ms
Pengendalian
21

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mum59...gb

Table of Contents