Program Automatik - Bosch VitaBoost MMBH6P6BGB Instruction Manual

High performance blender
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Program automatik

7. Putar pemilih putar dengan perlahan
mengikut arah pusingan jam sehingga
mencapai putaran yang dikehendaki.
LED status menyala.
8. Proses bahan selama mana campuran
yang diingini terhasil.
Gunakan penolak
W Risiko kecederaan!
Jangan sesekali menggunakan penolak
tanpa memasang tudung.
X Rajah E
1. Putarkan penutup mengikut arah lawan
jam dan tanggalkannya.
2. Pasang penolak yang dibekalkan ke
dalam pembukaan.
3. Tolak bahan dengan penutup ke arah
pisau pengadun. Kemudian arahkan
penolak pada bucu dan sepanjang
dinding bekas pengadun.
4. Seterusnya tanggalkan penolak serta-
merta. Pasang penutup dan pusing
mengikut arah pusingan jam sehingga
ketat.
Nota: Penggunaan penolak boleh
memperbaiki kualiti hasil adunan dengan
ketara.
Gunakan fungsi Pulse
■ Apabila perkakas dihidupkan, tekan
butang Pulse ke bawah dan tahan.
■ Selama mana butang Pulse ditahan,
perkakas beroperasi pada putaran
maksimum.
■ Lepaskan butang Pulse. Perkakas
kembali beroperasi pada putaran yang
telah dipilih sebelumnya.
Nota: Semasa program automatik
beroperasi, fungsi Pulse tidak boleh
digunakan.
Program automatik
Perkakas mempunyai lebih 6 (3)* program
automatik (bergantung kepada model).
Selepas menekan butang tertentu, program
yang dipilih mula dan mengadun bahan-
bahan pada kelajuan pratetap dan masa
mengadun. Program berhenti selepas
penyediaan secara automatik.
18
Program berikut boleh dipilih:
Program
Shake
Untuk smoothie buahan dan
shake-susu dengan bahan
segar
Smoothie
Untuk smoothie hijau dan
smoothie buahan dengan
bahan-bahan beku
Soup
Untuk penyediaan sup panas
Ice Cream* Untuk ais krim dan serbat
Sauce*
Untuk Sos dan celup
Cleaning*
Program pembersihan
* bergantung kepada model
Perhatian!
Apabila program Soup telah tamat, jangan
mulakan semula program Soup, kerana
bahan makanan boleh menjadi terlalu panas
dan merosakkan bekas.
Nota:
– Gunakan program sup Soup hanya
dengan bahan sejuk. Jika bahan panas
ditambah, suhu akan meningkat terlalu
banyak.
– Program automatik hanya boleh
dimulakan jika pemilih putar berada pada
posisi sifar.
– Program automatik boleh dihentikan
pada bila-bila masa dengan menekan
butang pemilih program yang berkenaan
atau mematikan dengan suis hidup/mati.
Satu contoh
Menghasilkan Smoothie pear
(resipi X "Smoothie buah pear" lihat
halaman 21)
X Rajah F
1. Letakkan unit asas di atas kawasan
kerja yang mendatar dan stabil. Pasang
pelapik rendaman pada unit asas. Beri
perhatian pada reses.
Penting: Jangan sesekali pasang bekas
pengadun tanpa pelapik rendaman.
2. Pasang bekas pengadun di atas
pelapik rendaman. Pastikan yang bekas
pengadun telah dipasang dengan ketat.
3. Isi bekas pengadun dengan bahan yang
diingini.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents