Download Print this page

Philips HP4698 Manual page 19

Geometricks 10 in 1
Hide thumbs Also See for HP4698:

Advertisement

Ikal sika-siku
1
Pasangkan alat sambung sika-siku pada tangkai. Pastikan diriannya
menghala ke bawah.
2
Ambil segelung rambut, bukakan sepit dengan menekan tuil
kemudian selitkan rambut di antara laras dengan sepit (rajah 9).
Pastikan hujung rambut dililitkan mengikut arah yang dikehendaki.
3
Bukakan sepit selepas 5 hingga 10 saat dan keluarkan laras
daripada rambut. Biarkan ikal sika-siku sehingga sejuk sebelum
menyikat, memberus atau menguraikannya dengan jari untuk
mendandankan gaya yang dikehendaki.
Ketak
1
Pasangkan alat sambung pengetak/pelurus dengan plat pengetak
pada tangkai (rajah 10).
2
Ambil segelung rambut (kira-kira 5 hingga 6 cm lebar), bukakan
alat sambung dengan menekan tuil kemudian selitkan rambut di
antara plat alat sambung pengetak/pelurus. Mula mengetak
daripada akar rambut (rajah 11).
3
Biarkan plat terkunci selama 5 hingga 10 saat.
4
Bukakan alat sambung dengan menekan tuil kemudian selitkan
bahagian lebih rendah gelungan rambut yang sama di antara plat.
Pastikan ia bertindan. Ulangi proses ini sehingga anda sampai ke
hujung rambut.
5
Biarkan rambut sejuk. Jangan berus atau sikat rambut kerana ini
akan merosakkan ketak pada rambut.
Alun, keriting dan ketak akan hilang jika rambut anda menjadi basah
(misalnya apabila anda membasuh rambut). Anda boleh juga
menggunakan plat pelurus untuk menghilangkannya.
BAHASA MELAYU
19

Advertisement

loading