Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PoLisi waranti PeMiLik Penjana MudaH aLiH Briggs & stratton Power Products grouP, LLc
Berkuat kuasa 1hb September 2012; menggantikan semua Waranti tidak bertarikh dan semua Waranti yang bertarikh sebelum 1hb September 2012.
Briggs & Stratton memberi jaminan bahawa, semasa tempoh waranti yang dinyatakan di bawah, ia akan membaiki atau menggantikan, secara percuma, mana-mana bahagian
yang rosak daripada segi bahan atau mutu kerja atau kedua-duanya sekali. Caj pengangkutan ke atas produk yang diserahkan untuk dibaiki atau diganti di bawah waranti ini
mesti ditanggung oleh pembeli. Waranti ini adalah berkuat kuasa untuk dan tertakluk kepada tempoh masa dan syarat yang dinyatakan di bawah. Untuk perkhidmatan waranti,
cari Wakil Servis Sah yang terdekat di peta pencari wakil kami di BRIGGSandSTRATTON.com. Pembeli mesti menghubungi Wakil Servis Sah, dan kemudian menyerahkan
produk berkenaan kepada Wakil Servis Sah untuk pemeriksaan dan ujian.
tidak terdapat waranti tersurat yang lain. waranti tersirat, termasuk yang berkaitan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, adalah terhad kepada
satu tahun daripada tarikh pembelian, atau setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang. semua jaminan tersirat yang lain adalah dikecualikan. Liabiliti untuk
kerosakan sampingan atau turutan adalah dikecualikan setakat mana pengecualian dibenarkan oleh undang-undang. Beberapa negeri atau negara tidak membenarkan
pembatasan ke atas berapa lama waranti tersirat berlangsung, dan beberapa negeri atau negara tidak membenarkan pengecualian atau pembatasan kerosakan sampingan
atau turutan, jadi pembatasan dan pengecualian di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda. Waranti ini memberi anda hak undang-undang tertentu dan anda mungkin turut
memiliki hak lain yang berbeza daripada negeri ke negeri atau negara ke negara.**
teMPoH waranti
** Di Australia - Barangan kami datang dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-Undang Pengguna Australia. Anda berhak untuk mendapat penggantian
atau bayaran balik bagi kegagalan utama dan untuk pampasan bagi sebarang kerugian atau kerosakan lain yang boleh dijangkakan. Anda juga berhak untuk mendapatkan barangan
dibaiki atau diganti jika barangan gagal mempunyai kualiti yang boleh diterima dan kegagalan berkenaan tidak menjadi kegagalan utama. Untuk perkhidmatan servis, cari Wakil
Servis Sah yang terdekat di peta pencari wakil kami di BRIGGSandSTRATTON.COM, atau dengan menghubungi 1300 274 447, atau dengan menghantar e-mel atau menulis kepada
salesenquires@briggsandstratton.com.au, Briggs & Stratton Australia Pty Ltd, 1 Moorebank Avenue, NSW, Australia, 2170.
Tempoh waranti bermula pada tarikh pembelian oleh pengguna runcit pertama, dan berterusan untuk tempoh masa yang dinyatakan di atas. "Penggunaan Pengguna" bermaksud
penggunaan isi rumah kediaman peribadi oleh pengguna runcit. "Penggunaan Komersial" bermaksud semua kegunaan lain, termasuk penggunaan untuk tujuan komersial,
penghasilan pendapatan atau sewaan. Apabila peralatan telah digunakan untuk tujuan komersial, seterusnya ia akan dianggap sebagai penggunaan komersial untuk tujuan waranti
ini. Peralatan yang digunakan untuk kuasa utama bagi menggantikan utiliti tidak terpakai pada waranti ini.
TIADA PENDAFTARAN WARANTI DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN WARANTI KE ATAS PRODUK BRIGGS & STRATTON. SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI PEMBELIAN
ANDA. JIKA ANDA TIDAK MEMBERIKAN BUKTI TARIKH PEMBELIAN AWAL PADA MASA SERVIS WARANTI DIMINTA, TARIKH PEMBUATAN PRODUK AKAN DIGUNAKAN UNTUK
MENENTUKAN TEMPOH WARANTI.
Mengenai waranti anda
Kami mengalu-alukan pembaikan waranti dan memohon maaf kepada anda atas kesulitan yang anda alami. Mana-mana Wakil Servis Sah boleh melaksanakan pembaikan waranti.
Kebanyakan pembaikan waranti dikendalikan secara rutin, tetapi kadang kala permintaan untuk perkhidmatan waranti mungkin tidak sesuai. Sebagai contoh, perkhidmatan waranti
tidak akan terpakai jika kerosakan peralatan berlaku kerana salah guna, kekurangan penyelenggaraan rutin, penghantaran, pengendalian, penggudangan atau pemasangan yang tidak
betul. Begitu juga, waranti adalah terbatal jika tarikh pembuatan atau nombor siri pada penjana mudah alih telah dibuang atau peralatan telah dipinda atau diubah suai. Sepanjang
tempoh waranti, Wakil Servis Sah, atas budi bicaranya, akan membaiki atau menggantikan mana-mana bahagian yang selepas pemeriksaan, didapati rosak akibat penggunaan dan
perkhidmatan biasa. Waranti ini tidak akan merangkumi pembaikan dan peralatan berikut:
kehausan Biasa: Peralatan Kuasa Di Luar, seperti semua peranti mekanikal, memerlukan bahagian dan servis berkala untuk berfungsi dengan baik. Waranti ini tidak
merangkumi pembaikan apabila penggunaan biasa telah menggunakan sepenuhnya hayat sesuatu bahagian atau peralatan.
Pemasangan dan Penyelenggaraan: Waranti ini tidak terpakai kepada peralatan atau bahagian yang terdedah kepada pemasangan yang tidak betul atau tidak dibenarkan
atau pemindaan dan pengubahsuaian, penyalahgunaan, kecuaian, kemalangan, lebih muatan, lebih kelajuan, penyelenggaran tidak betul, pembaikan atau penyimpanan yang
menurut pertimbangan kami, akan menjejaskan prestasi dan kebolehpercayaannya. Waranti ini juga tidak meliputi penyelenggaraan biasa seperti pelarasan, pembersihan
sistem bahan api dan halangan (disebabkan oleh bahan kimia, kotoran, karbon, kapur, dll.).
Pengecualian Lain: Waranti ini tidak termasuk item yang dipakai seperti gelang-o, penapis, dll., atau kerosakan akibat kemalangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian,
pengubahan, atau servis yang tidak betul atau pembekuan atau kemerosotan kimia. Bahagain aksesori seperti set kord penyesuai penjana dan penutup penyimpanan
dikecualikan daripada waranti produk. Waranti ini tidak termasuk kegagalan kerana bencana semula jadi dan peristiwa force majeure lain yang di luar kawalan pihak
pengeluar. Juga terkecuali adalah peralatan yang telah digunakan, dibaik pulih, dan digunakan untuk demonstrasi; peralatan yang digunakan untuk kuasa utama bagi
menggantikan kuasa utiliti dan peralatan yang digunakan dalam aplikasi sokongan hidup. 198195E, Rev. D, 24/8/2012
16
waranti terHad
Enjin
Penggunaan Pengguna
2 tahun
Penggunaan komersial
1 tahun
Briggs & stratton Power Products grouP, LLc
MiLwaukee, wi, usa
Semua komponen lain
1 tahun
1 tahun
Briggsandstratton.coM

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Gs3500Gs5500Gs5500e

Table of Contents