Maklumat Keselamatan Penting - Briggs & Stratton GS2200 Operator's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
keselamatan Pengguna
gambaran Peralatan
Baca panduan ini dengan teliti dan biasakan diri dengan penjana anda.
ketahui penggunaannya, hadnya dan sebarang bahaya yang terlibat.
Segala usaha telah diambil untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung
dalam panduan ini adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, pengeluar
mempunyai hak untuk menukar, mengubah suai atau mempertingkatkan penjana dan
dokumentasi ini pada bila-bila masa tanpa memberitahu terlebih dahulu.
Maklumat keselamatan yang Penting
Pihak pengeluar tidak boleh mengagak setiap kejadian yang mungkin berlaku yang
mungkin merbahaya. Amaran-amaran dalam panduan ini, dan tag-tag serta pelekat-
pelekat yang ditampalkan pada unit ini, oleh yang demikian, adalah tidak termasuk.
Jika anda menggunakan sesuatu prosedur, kaedah kerja atau teknik operasi yang tidak
disarankan khas bagi anda oleh pengeluar, anda harus memastikan bahawa ia adalah
selamat untuk diri anda dan juga orang lain. Anda juga harus memastikan bahawa
prosedur, kaedah kerja dan teknik operasi yang dipilih oleh anda tidak menjadikan
penjana tidak selamat untuk digunakan.
simbol-simbol keselamatan dan kawalan
Wasap Toksik
Anjalan
Manual
Kebakaran
Operator
Bahagian
Objek Terbang
Bergerak
Penggera Karbon
Penggera
Monoksida
Pencekik
Jalan
Meter Volt
Tahap Minyak
Pemutus Litar
Kawalan Enjin
Indonesia
id
Kejutan
Kelemasan
Elektrik
Letupan
Kelemasan
Objek Berat
Permukaan
Panas
Neutral Tidak
Terminal Bumi
Dibumikan
Tutup
Buka
Bahan Api
Mula
!
Jangan Mulakan
Engine
Vi t
th
vi
Simbol amaran keselamatan menunjukkan bahaya kecederaan peribadi yang
berpotensi berlaku. Kata isyarat (BAHAYA, AMARAN, atau HATI-HATI) digunakan
bersama-sama dengan simbol amaran untuk menentukan peringkat atau tahap
keseriusan bahaya tersebut. Simbol keselamatan boleh digunakan untuk mewakili
jenis bahaya. Kata isyarat NOTIS digunakan untuk merujuk kepada amalan yang tidak
berkaitan dengan kecederaan peribadi.
BaHaya menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan, akan mengakibatkan
kematian atau kecederaan yang serius.
aMaran menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan, mungkin
mengakibatkan kematian atau kecederaan yang serius.
Hati-Hati menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan, mungkin
mengakibatkan kecederaan yang ringan atau sederhana.
NOTIS merujuk kepada amalan yang tidak berkaitan dengan kecederaan peribadi.
aMaran BAHAYA GAS BERACUN. Ekzos enjin mengandungi karbon
monoksida, gas beracun yang boleh membunuh anda dalam masa
beberapa minit. Anda TIDAK BOLEH melihatnya, menghidunya atau
merasanya. Walaupun anda tidak menghidu asap ekzos, anda masih
boleh terdedah kepada gas karbon monoksida. Jika anda mula berasa
sakit, pening atau lemah semasa menggunakan produk ini, matikannya dan pergi
ke kawasan berudara segar DENGAN SEGERA. Berjumpa doktor. Anda mungkin
mengalami keracunan karbon monoksida.
• Kendalikan produk ini HANYA di kawasan luar jauh dari tingkap, pintu dan bolong
untuk mengurangkan risiko gas karbon monoksida daripada terkumpul dan
berpotensi untuk memasuki ruang yang berpenghuni.
• Pasangkan penggera karbon monoksida berbateri atau pasangkan penggera
karbon monoksida dengan bateri simpanan mengikut arahan pengeluar. Penggera
asap tidak dapat mengesan gas karbon monoksida.
• JANGAN jalankan produk ini di dalam rumah, garaj, ruang bawah tanah, ruang
rangkak, bangsal, atau kawasan separa tertutup lain walaupun menggunakan kipas
atau membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan. Karbon monoksida boleh
terkumpul dengan cepat di dalam ruang ini dan boleh berlegar selama berjam-
jam, walaupun selepas produk telah dimatikan.
• SENTIASA letakkan produk ini mengikut arah angin dan halakan ekzos enjin ke
luar dari ruangan yang dihuni.
aMaran Anjalan (penarikan balik pantas) kord pemula akan menarik tangan
dan lengan ke arah enjin lebih pantas daripada anda boleh
melepaskannya yang boleh menyebabkan tulang patah, keretakan, lebam
atau terseliuh mengakibatkan kecederaan serius.
• Semasa menghidupkan enjin, tarik kord perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai
dan kemudian tarik dengan cepat untuk mengelakkan anjalan.
• JANGAN memulakan atau menghentikan enjin dengan peranti elektrik yang
dipasang dan dihidupkan.
aMaran Voltan penjana boleh menyebabkan kejutan elektrik atau melecur
mengakibatkan kematian atau kecederaan yang serius.
• JANGAN sambungkan penjana kepada sistem elektrik bangunan.
• JANGAN sentuh wayar atau penyangga yang terdedah.
• JANGAN gunakan penjana dengan kord elektrik yang sudah haus, berbulu, terbuka
atau rosak.
• JANGAN mengendalikan penjana dalam hujan atau cuaca basah.
• JANGAN mengendalikan penjana atau kord elektrik semasa berdiri di dalam air,
semasa berkaki ayam, atau semasa tangan atau kaki basah.
• JANGAN benarkan orang yang tidak berkelayakan atau kanak-kanak untuk
mengendalikan atau membersihkan penjana.
Kmer
Burmese
Melayu
kh
my
ms
5 5

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Gs3500Gs5500Gs5500e

Table of Contents