Briggs & Stratton 90000 Operator's Manual page 53

With dov
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Waranti
Waranti Enjin Briggs & Stratton
Berkuat Kuasa Januari 2016
Waranti Terhad
Briggs & Stratton menjamin bahawa dalam tempoh waranti yang dinyatakan di bawah, ia
akan membaik pulih atau menggantikan, secara percuma, mana-mana bahagian yang
rosak pada bahan atau mutu kerja atau kedua-duanya. Caj pengangkutan terhadap produk
yang diserahkan untuk pembaikan atau penggantian di bawah waranti ini perlu ditanggung
oleh pembeli. Waranti ini berkuat kuasa bagi dan tertakluk pada tempoh masa dan syarat
yang dinyatakan di bawah. Untuk servis waranti, anda juga boleh mencari Peniaga Servis
Berdaftar yang terdekat dalam peta pengesan peniaga kami di
BRIGGSandSTRATTON.COM. Pembeli mesti menghubungi Peniaga Servis Berdaftar,
dan kemudian menyerahkan produk kepada Peniaga Servis Berdaftar untuk pemeriksaan
dan ujian.
Tiada jaminan tersurat yang lain. Waranti tersirat, termasuklah yang berkenaan
dengan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, adalah terhad
kepada tempoh waranti yang disenaraikan di bawah, atau setakat yang dibenarkan
oleh undang-undang. Liabiliti bagi kerosakan sampingan atau berbangkit dikecualikan
setakat pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang. Sesetengah negeri atau
negara tidak membenarkan had terhadap berapa lama waranti tersirat berlangsung, dan
sesetengah negeri atau negara tidak membenarkan pengecualian atau had kerosakan
sampingan atau berbangkit, maka had dan pengecualian di atas mungkin tidak dikenakan
kepada anda. Waranti ini memberi anda hak undang-undang yang tertentu dan anda
mungkin juga mempunyai hak-hak lain yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri dan
dari satu negara ke satu negara yang lain
Terma-Terma Waranti Standard
Jenama / Nama Produk
Vanguard™; Siri Komersial
Enjin Menampilkan Sarung Besi Tuang Dura-Bore™
Semua Enjin Lain
1
Ini ialah terma-terma waranti standard kami tetapi ada ketikanya mungkin terdapat
perlindungan waranti tambahan yang tidak ditentukan pada masa penerbitan. Untuk
senarai terma waranti semasa bagi enjin anda, pergi ke BRIGGSandSTRATTON.com
atau hubungi Peniaga Servis Berdaftar Briggs & Stratton anda.
2
Tiada waranti untuk enjin bagi peralatan yang digunakan untuk kuasa utama sebagai
ganti utiliti atau untuk generator pengganti yang digunakan bagi tujuan komersial.
Enjin yang digunakan dalam perlumbaan kompetitif atau di trek komersial atau
sewaan adalah tidak dijamin.
3
Vanguard dipasang pada janakuasa tunggu sedia: 24 bulan kegunaan pengguna,
tiada waranti kegunaan komersial. Vanguard yang dipasang pada kenderaan utiliti:
24 bulan kegunaan pengguna, 24 bulan kegunaan komersial. Siri Komersial dengan
tarikh pembuatan sebelum Julai 2017, 24 bulan kegunaan pengguna, 24 bulan
kegunaan komersial.
4
Di Australia - Barangan kami didatangkan dengan jaminan yang tidak boleh
dikecualikan di bawah Undang-Undang Pengguna Australia. Anda berhak untuk
mendapatkan gantian atau bayaran balik bagi kegagalan yang besar dan untuk
pampasan bagi sebarang kerugian atau kerosakan boleh diramalkan secara
munasabah. Anda juga berhak untuk memastikan barangan dibaiki atau diganti jika
barangan tersebut gagal menepati kualiti yang boleh diterima dan kegagalan ini
bukan merupakan satu kegagalan yang besar. Untuk servis waranti, cari Peniaga
Servis Berdaftar yang terdekat dalam peta pengesan peniaga kami di
BRIGGSandSTRATTON.COM atau dengan menghubungi 1300 274 447 atau dengan
menghantar e-mel atau menulis surat kepada
salesenquiries@briggsandstratton.com.au, Briggs & Stratton Australia Pty Ltd, 1
Moorebank Avenue, Moorebank, NSW, Australia, 2170.
Tempoh waranti bermula pada tarikh pembelian oleh pengguna runcit atau komersial yang
pertama. "Kegunaan Pengguna" bermaksud kegunaan kediaman peribadi isi rumah oleh
pengguna runcit. "Kegunaan komersial" bermaksud semua kegunaan lain, termasuklah
kegunaan untuk komersial, penghasilan pendapatan atau bagi tujuan sewaan. Sebaik
sahaja enjin telah mengalami kegunaan komersial, ia hendaklah selepas itu dianggap
sebagai kegunaan komersial untuk tujuan waranti ini.
Simpan resit bukti pembelian anda. Jika anda tidak memberikan bukti tarikh
pembelian awal pada waktu servis waranti diminta, tarikh pengeluaran produk akan
digunakan untuk menentukan tempoh waranti. Pendaftaran produk tidak diperlukan
untuk mendapatkan servis waranti bagi produk-produk Briggs & Stratton.
Perihal Waranti Anda
Waranti terhad ini meliputi bahan berkaitan enjin dan/atau isu-isu mutu kerja sahaja dan
tidak meliputi penggantian atau bayaran balik bagi peralatan yang mungkin digunakan
untuk menempatkan enjin. Penyenggaraan rutin, penalaan, pelarasan atau haus dan lusuh
yang lazim tidak diliputi di bawah waranti ini. Demikian juga, waranti ini tidak terpakai
sekiranya enjin telah diubah atau diubah suai atau jika nombor siri enjin telah dirosakkan
4
.
1, 2, 3
Kegunaan
Penggunaan
Pengguna
Komersial
36 bulan
36 bulan
24 bulan
12 bulan
24 bulan
3 bulan
atau dibuang. Waranti ini tidak meliputi kerosakan enjin atau masalah prestasi yang
disebabkan oleh:
1.
Penggunaan bahagian-bahagian yang bukan bahagian Briggs & Stratton yang tulen;
2.
Pengendalian enjin dengan minyak pelincir yang tidak mencukupi, tercemar atau
mempunyai gred yang salah;
3.
Penggunaan bahan api yang tercemar atau lama , gasolin yang diformulasikan
dengan etanol melebihi 10%, atau penggunaan bahan api alternatif seperti petroleum
cecair atau gas asli pada enjin yang asalnya tidak direka/dikilangkan oleh Briggs &
Stratton untuk beroperasi dengan bahan api seperti itu;
4.
Kotoran yang memasuki enjin kerana penyenggaraan atau pemasangan semula
pembersih udara yang tidak betul;
5.
Pemukulan objek dengan bilah pemotong bagi pemotong rumput berputar, penyesuai
bilah, impeler atau alat terganding aci engkol lain yang dipasang dengan longgar
atau tidak betul, atau keketatan tali sawat V yang berlebihan;
6.
Bahagian-bahagian atau himpunan yang berkaitan seperti klac, transmisi, kawalan
peralatan, dan sebagainya, yang tidak dibekalkan oleh Briggs & Stratton;
7.
Pemanasan lampau disebabkan oleh keratan rumput, kotoran dan serpihan, atau
sarang rodensia yang menghalang atau menyumbat sirip penyejuk atau kawasan
roda tenaga, atau dengan mengendalikan enjin tanpa pengudaraan yang mencukupi;
8.
Gegaran yang berlebihan disebabkan oleh kelajuan berlebihan, pemasangan enjin
yang longgar, bilah pemotong atau impeler yang longgar atau tidak seimbang, atau
gandingan komponen peralatan yang tidak betul kepada aci engkol;
9.
Penyalahgunaan, kekurangan penyenggaraan rutin, penghantaran, pengendalian
atau penggudangan peralatan, atau pemasangan enjin yang tidak betul.
Servis waranti hanya boleh didapati melalui Peniaga Servis Berdaftar Briggs &
Stratton. Cari Peniaga Servis Berdaftar di lokasi yang terdekat dengan anda dalam
peta pengesan peniaga kami di BRIGGSandSTRATTON.COM atau dengan menelefon
1-800-223-3723 (di A.S.).
80004537 (Sem. C)
53

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

100000150000210000200000 vanguard120000

Table of Contents