Briggs & Stratton 90000 Operator's Manual page 50

With dov
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Hentikan Enjin
Tuil Henti Enjin, jika dilengkapi: Lepaskan tuil henti enjin (E, Rajah 7).
Kawalan Pendikit, jika dilengkapi: Gerakkan alat kawalan pendikit (A, Rajah 6) ke posisi
BERHENTI.
Pemula Elektrik, jika dilengkapi: Tolak suis pemula elektrik kepada posisi MATI atau
BERHENTI. Lihat manual peralatan untuk lokasi dan pengendalian suis. Keluarkan kunci
dan simpan di tempat yang selamat dan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Penyenggaraan
NOTIS
Jika enjin disengetkan semasa kerja-kerja penyenggaraan, tangki bahan api,
sekiranya dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong dan bahagian di mana
terletaknya palam pencucuh hendaklah dinaikkan. Jika tangki bahan api tidak kosong
dan sekiranya enjin disengetkan pada bahagian yang lain, mungkin akan berlaku
kesukaran untuk menghidupkan enjin disebabkan minyak atau petrol telah mencemarkan
penapis udara dan/atau palam pencucuh.
AMARAN
Apabila melakukan kerja-kerja penyenggaraan yang memerlukan unit tersebut
disengetkan, tangki bahan api, jika dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong
atau bahan api boleh meleleh keluar dan menyebabkan kebakaran atau letupan.
Kami syorkan anda berjumpa dengan mana-mana Ejen Servis Sah Briggs & Stratton untuk
semua kerja-kerja penyenggaraan dan servis enjin dan bahagian-bahagian enjin.
NOTIS
All the components used to build this engine must remain in place for proper
operation.
AMARAN
Percikan bunga api yang tidak disengajakan boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
Menghidupkan enjin tanpa disengajakan boleh menyebabkan sesuatu
terperangkap, pemotongan anggota badan yang traumatik atau luka melecet.
Bahaya Kebakaran
Sebelum melakukan pelarasan atau pembaikan:
Putuskan sambungan wayar palam pencucuh dan jauhkannya daripada palam
pencucuh.
Putuskan sambungan bateri di terminal negatif (hanya pada enjin dengan pemula
elektrik.)
Gunakan hanya peralatan yang betul.
Jangan ganggu spring governor, sambungan atau lain-lain alat untuk menambah
kelajuan enjin.
Alat-alat ganti mestilah daripada rekaan yang sama dan dipasang pada posisi yang
sama dengan alat-alat yang asal. Lain-lain alat mungkin tidak akan berfungsi dengan
baik, mungkin merosakkan unit dan mungkin menyebabkan kecederaan.
Jangan pukul roda tenaga dengan penukul atau objek keras kerana roda tenaga
boleh berkecai semasa operasi.
Apabila menguji untuk percikan bunga api:
Gunakan penguji palam pencucuh yang diluluskan.
Jangan lakukan ujian untuk percikan bunga api apabila palam pencucuh ditanggalkan.
Servis Kawalan Pengeluaran
Penyenggaraan, penggantian atau pembaikan peranti dan sistem kawalan
pengeluaran boleh dijalankan oleh mana-mana syarikat atau individu membaiki enjin
di tepi jalan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan servis kawalan pengeluaran "tiada
caj", kerja tersebut mestilah dijalankan oleh seorang ejen sah kilang. Lihat Penyata-Penyata
Kawalan Pengeluaran.
Jadual Penyenggaraan
5 Jam Pertama
Tukar minyak
Setiap 8 Jam atau Setiap Hari
50
Periksa paras minyak enjin
Bersihkan kawasan di sekitar peredam dan alat kawalan
Bersihkan jeriji ambilan udara
Setiap 25 Jam atau Setiap Tahun
1
Servis penapis udara
Setiap 50 Jam atau Setiap Tahun
Tukar minyak enjin
Servis sistem ekzos
Setiap Tahun
Gantikan palam pencucuh
Gantikan penapis udara
Gantikan pra-pembersih(jika dilengkapi)
Gantikan penapis bahan api (jika dilengkapi )
Servis sistem bahan api
1
Servis sistem penyejukan
2
Periksa pembersihan injap
1
Dalam keadaan berhabuk atau apabila terdapat kotoran di udara, bersihkan dengan
lebih kerap.
2
Tidak diperlukan kecuali masalah prestasi enjin dikesan.
Karburetor dan Kelajuan Enjin
Jangan sekali-kali membuat pelarasan kepada karburetor atau kelajuan enjin Karburetor
telah ditetapkan di kilang untuk beroperasi dengan cekap di dalam kebanyakan keadaan.
Jangan ganggu spring governor, sambungan atau lain-lain alat untuk mengubah kelajuan
enjin. Jika sebarang pelarasan diperlukan, hubungi Ejen Servis Sah Briggs & Stratton
untuk perkhidmatan.
NOTIS
Pembuat peralatan menetapkan kelajuan maksima untuk enjin seperti yang
dilekapkan pada peralatan. Jangan melebihi kelajuan ini. Jika anda tidak pasti apakah
kelajuan maksima peralatan tersebut atau apakah kelajuan enjin yang telah ditetapkan
di kilang, hubungi Ejen Servis Sah Briggs & Stratton untuk bantuan. Untuk pengendalian
peralatan yang selamat dan betul, kelajuan enjin hendaklah dilaraskan hanya oleh
seorang juruteknik servis yang bertauliah.
Servis Palam Pencucuh
Lihat Gambar Rajah: 8
Periksa jurang (A, Rajah 8) dengan menggunakan tolok dawai (B). Jika perlu, set semula
jurang tersebut. Pasang dan ketatkan palam pencucuh kepada tork yang disyorkan. Untuk
tetapan jurang atau tork, lihat bahagian Spesifikasi bahagian.
Nota: Di sesetengah kawasan, undang-undang tempatan memerlukan penggunaan satu
perintang palam pencucuh untuk menyekat isyarat-isyarat penyalaan. Jika enjin ini, pada
asalnya telah dilengkapi dengan perintang palam pencucuh, gunakan jenis yang sama
apabila hendak menggantikannya.
Sistem Perkhidmatan Ekzos
AMARAN
Enjin yang bergerak menghasilkan haba. Bahagian enjin, terutama peredam bunyi,
menjadi sangat panas.
Kebakaran terma yang teruk boleh berlaku apabila bersentuhan.
Puing mudah terbakar, contohnya daun-daun, rumput, berus, dsb boleh mencipta
kebakaran.
Biarkan peredam bunyi, silinder enjin dan sirip sejuk sebelum menyentuhnya.
Buang puing yang terkumpul daripada kawasan peredam bunyi dan kawasan silinder.
Adalah melanggar Kod Sumber Awam California, Seksyen 4442, untuk mengguna
atau mengendali enjin pada sebarang tanah diliputi hutan, diliputi semak, atau diliputi
rumput kecuali sistem ekzos dilengkapi dengan pembendung bunga api, sebagai
yang dijelaskan dalam Seksyen 4442, disenggara dalam perintah bekerja yang
berkesan. Negeri-negeri lain atau bidang kuasa persekutuan mungkin mempunyai
undang-undang sama. Hubungi pengeluar kelengkapan asli, peruncit, atau peniaga
untuk memperoleh pembendung bunga api yang direka untuk sistem ekzos yang
dipasang pada enjin ini.
BRIGGSandSTRATTON.com

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

100000150000210000200000 vanguard120000

Table of Contents