Briggs & Stratton 90000 Operator's Manual page 46

With dov
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Hak Cipta © Briggs & Stratton Corporation, Milwaukee, WI, USA. Semua Hak Cipta
Terpelihara.
Buku panduan ini mengandungi maklumat keselamatan untuk memberi kesedaran kepada
anda tentang bahaya dan risiko berkaitan enjin dan bagaimana untuk mengelakkannya.
Ia juga mengandungi panduan untuk penggunaan dan penjagaan enjin yang betul. Oleh
kerana Briggs & Stratton Corporation tidak semestinya tahu peralatan apakah yang akan
dijanakan oleh enjin ini, adalah penting untuk anda baca dan fahamkan arahan-arahan ini
dan panduan untuk peralatan tersebut. Simpan panduan asal ini untuk rujukan di masa
hadapan.
Nota: Gambar rajah dan ilustrasi di dalam buku panduan ini disediakan untuk rujukan
sahaja dan mungkin berbeza daripada model anda. Hubungi ejen anda sekiranya anda
mempunyai sebarang soalan.
Untuk penggantian alat atau bantuan teknikal, catatkan di bawah model enjin, jenis dan
nombor kod berserta tarikh pembelian. Nombor-nombor ini terdapat pada enjin anda (lihat
bahagian Ciri-Ciri dan Alat Kawalan bahagian).
Tarikh Pembelian
Model Enjin - Jenis - Trim
Nombor Siri Enjin
Cari kod bar 2D yang terletak pada
sesetengah enjin. Apabila dilihat
menggunakan peranti berdaya-2D, kod
tersebut akan memperlihatkan laman web
kami di mana anda boleh mengakses
maklumat sokongan untuk produk ini. Kadar
data akan terpakai. Sesetengah negara
mungkin tidak mempunyai maklumat
sokongan atas talian yang tersedia.
Maklumat Kitar Semula
Semua bungkusan, minyak terpakai, dan bateri hendaklah
dikitar semula mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Keselamatan Pengendali
Simbol Peringatan Keselamatan dan
Perkataan Isyarat
Simbol peringatan keselamatan
keselamatan mengenai bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan diri. Perkataan
isyarat (BAHAYA, AMARAN atau AWAS) digunakan dengan simbol peringatan untuk
menunjukkan kemungkinan dan potensi kecederaan teruk. Selain itu, simbol bahaya boleh
digunakan untuk mewakili jenis bahaya.
BAHAYA menunjukkan bahaya di mana, jika tidak dielak, akan menyebabkan
kematian atau kecederaan serius.
AMARAN menunjukkan bahaya di mana, jika tidak dielak, boleh menyebabkan
kematian atau kecederaan serius.
AWAS menunjukkan bahaya di mana, jika tidak dielak, boleh menyebabkan
kecederaan kecil atau sederhana.
NOTIS menunjukkan situasi yang boleh menyebabkan kerosakan pada produk.
46
digunakan untuk mengenal pasti maklumat
Simbol Bahaya dan Maksud
Simbol
Maksud
Maklumat keselamatan
tentang bahaya yang boleh
mengakibatkan kecederaan
diri.
Bahaya api
Bahya kejutan
Bahaya permukaan panas
Bahaya objek dilempar –
Pakai perlindungan mata.
Bahaya rosak fros
Bahaya amputasi –
bahagian bergerak
Bahaya terma panas
Mesej Keselamatan
AMARAN
Komponen yang tertentu dalam produk ini dan aksesori yang berkaitan mengandungi
bahan kimia yang pada pengetahuan Negeri California boleh menyebabkan barah,
kecacatan kelahiran atau kemudaratan reproduktif yang lain. Cuci tangan selepas
pengendalian.
AMARAN
Ekzos enjin daripada produk ini mengandungi bahan kimia yang pada pengetahuan
Negeri California boleh menyebabkan barah, kecacatan kelahiran atau kemudaratan
reproduktif yang lain.
AMARAN
Enjin-Enjin Briggs & Stratton tidak direka untuk dan bukan untuk digunakan bagi
menjana: fun-kart; go-kart; kenderaan untuk kanak-kanak, untuk rekreasi atau
kenderaan pelbagai permukaan (ATV); motosikal; hoverkraf; produk-produk pesawat
udara atau kenderaan yang digunakan dalam acara kompetetif yang tidak dibenarkan
oleh Briggs & Stratton. Untuk maklumat mengenai produk perlumbaan kompetitif, lihat
www.briggsracing.com. Untuk kegunaan dengan kenderaan utiliti dan ATV sebelah
menyebelah, sila hubungi Briggs & Stratton Engine Application Center (Pusat
Penggunaan Enjin), 1-866-927-3349. Aplikasi enjin yang tidak betul boleh menyebabkan
kecederaan serius atau kematian.
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
Apabila Menambah Bahan Api
Simbol
Maksud
Baca dan fahamkan Panduan
Pengendali sebelum
mengendali atau menyenggara
unit.
Bahaya letupan
Bahaya wasap bertoksik
Bahaya bunyi – Perlindungan
telinga disyorkan untuk
penggunaan lanjut.
Bahaya letupan
Bahaya sogokan
Bahaya Bahan Kimia
Menghakis
BRIGGSandSTRATTON.com

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

100000150000210000200000 vanguard120000

Table of Contents