Olympus VH-510 Basic Manual page 41

Hide thumbs Also See for VH-510:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Jangan biarkan kamera di tempat-tempat di mana ia mungkin
terdedah pada suhu yang amat tinggi.
• Tindakan demikian boleh menyebabkan kemerosotan pada bahagian-
bahagian kamera dan menyebabkan kamera terbakar dalam sesetengah
keadaan. Jangan gunakan pengecas atau penyesuai USB-AC jika ia
terselubung (contohnya dengan selimut). Ini mungkin akan menghasilkan
haba yang berlebihan dan mengakibatkan kebakaran.
• Kendalikan kamera dengan berhati-hati untuk mengelakkan
daripada mengalami kelecuran suhu rendah.
• Apabila kamera mengandungi bahagian logam, haba yang berlebihan
boleh menghasilkan kelecuran suhu rendah. Beri perhatian kepada
perkara berikut:
• Kamera akan menjadi panas apabila digunakan untuk tempoh yang lama.
Jika anda memegang kamera semasa ia panas, kelecuran suhu rendah
mungkin akan terjadi.
• Di tempat-tempat yang amat sejuk, suhu badan kamera mungkin lebih
rendah daripada suhu persekitaran. Jika boleh, pakai sarung tangan
semasa mengendalikan kamera dalam persekitaran sejuk.
• Berhati-hati semasa menggunakan tali pembawa.
• Berhati-hati dengan tali pembawa apabila anda membawa kamera.
Ia boleh tersangkut pada objek-objek yang terbiar dan menyebabkan
kerosakan serius.
• Sebelum mengangkut kamera, alihkan tripod dan semua aksesori
bukan OLYMPUS yang lain.
Langkah Berjaga-jaga semasa
Mengendalikan Bateri
Ikut garis panduan penting ini untuk mencegah bateri
daripada menjadi bocor, terlampau panas, terbakar, meletup
atau menyebabkan kejutan elektrik atau kelecuran.
BAHAYA
• Kamera ini menggunakan bateri ion litium yang ditentukan oleh Olympus.
Cas bateri menggunakan penyesuai USB-AC atau pengecas yang
ditetapkan. Jangan gunakan mana-mana penyesuai USB-AC atau pengecas
yang lain.
• Jangan panaskan atau bakar bateri.
• Ambil langkah berjaga-jaga semasa membawa atau menstor bateri untuk
mencegah ia daripada bersentuhan terus dengan apa-apa objek logam
seperti barang kemas, pin, penyepit dll.
• Jangan sekali-kali menyimpan bateri di mana ia akan terdedah kepada
cahaya matahari secara terus atau suhu yang tinggi dalam kenderaan yang
panas, berdekatan sumber haba dll.
• Untuk mencegah daripada berlakunya kebocoran atau kerosakan
pada terminal bateri, ikut semua arahan berkenaan penggunaan bateri
dengan teliti. Jangan sekali-kali cuba untuk menyahpasang bateri atau
mengubahsuai dalam apa jua cara, memateri dll.
• Jika cecair bateri memasuki mata anda, bilas mata anda dengan serta-merta
dengan menggunakan air sejuk yang bersih dari paip dan dapatkan rawatan
perubatan dengan segera.
• Pastikan bateri sentiasa disimpan di luar jangkauan kanak-kanak kecil.
Jika seorang kanak-kanak tertelan bateri dengan tidak sengaja, dapatkan
rawatan perubatan dengan segera.
• Jika anda tidak dapat mengeluarkan bateri dari kamera, hubungi pengedar
atau pusat perkhidmatan yang sah. Jangan cuba mengeluarkan kad secara
kasar.
Kerosakan kepada bahagian luar kamera (calar, dsbnya.) boleh
menghasilkan haba atau suatu letupan.
AMARAN
• Pastikan bateri kering pada setiap masa.
• Untuk mencegah bateri daripada mengalami kebocoran, menjadi
terlampau panas, atau menyebabkan kebakaran atau letupan,
gunakan bateri yang disarankan untuk produk ini sahaja.
• Sisipkan bateri dengan berhati-hati seperti yang diterangkan dalam
arahan pengoperasian.
• Jika bateri boleh cas semula itu tidak tercas semula dalam tempoh
yang ditentukan, hentikan pengecasan dan jangan guna bateri
tersebut.
• Jangan gunakan bateri jika ia retak atau pecah.
• Jika bateri bocor, berubah warna atau berubah bentuk, atau menjadi
luar biasa dalam apa jua cara semasa pengoperasian, hentikan
penggunaan kamera.
• Jika cecair bateri bocor dan terkena pakaian atau kulit anda,
tanggalkan pakaian dan basuh bahagian yang dimaksudkan dengan
air sejuk yang bersih dari paip dengan segera. Jika cecair itu
melecurkan kulit anda, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
• Jangan sekali-kali mengenakan hentakan yang kuat atau getaran
yang berterusan pada bateri.
BERHATI-HATI
• Sebelum memasukkan bateri, pastikan sama ada bateri bocor, berubah
warna, meleding atau luar biasa dalam apa jua cara.
• Bateri mungkin menjadi panas jika digunakan untuk masa yang lama. Untuk
mengelakkan kelecuran kecil, jangan keluarkan bateri dengan serta-merta
selepas menggunakan kamera.
• Pastikan bateri dikeluarkan daripada kamera sebelum kamera disimpan
untuk tempoh yang lama.
• Kamera ini menggunakan satu bateri ion litium Olympus (LI-50B). Bateri jenis
lain tidak boleh digunakan.
Terdapat risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis bateri yang tidak betul.
• Semasa menyimpan bateri untuk tempoh yang lama, pilih lokasi yang dingin
untuk menyimpannya.
• Sila kitar semula bateri untuk membantu menjimatkan sumber asli planet kita.
Apabila membuang bateri yang telah haus, pastikan terminal-terminalnya ditutup
dan sentiasa patuhi undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan.
Penyesuai USB-AC
• Penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan telah direka bentuk untuk
digunakan pada kamera ini sahaja. Kamera tidak boleh dicas dengan
penyesuai USB-AC ini.
• Jangan sambungkan penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan kepada
peralatan lain kecuali kamera ini.
• Untuk penyesuai USB-AC jenis palam:
Penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan bertujuan untuk diorientasikan
dengan betul dalam kedudukan pasang menegak atau pasang lantai.
41
BM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents