Makita HM001G Instruction Manual page 52

Cordless demolition hammer
Hide thumbs Also See for HM001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Pasang pelindung habuk dan hos ke alat, dan
kemudian pasangkan hos ke pemegang hos.
► Rajah16: 1. Pelindung habuk 2. Hos 3. Pemegang
hos (A/B) 4. Pemegang hos (C)
4.
Sambungkan hos ke hos pembersih hampagas
dengan sambungan hos ini.
NOTA: Sekiranya hos tidak disertakan, pasangkan
pelindung habuk ke sambungan pembersih atau
pasangkannya ke hos ø28 Makita.
5.
Laraskan jarak antara pelindung habuk dan
hujung pahat atau mata bull. Jarak yang disyorkan ialah
30 mm hingga 100 mm.
► Rajah17: (1) 30 mm hingga 100 mm
OPERASI
PERHATIAN:
Sentiasa gunakan pemegang
sisi / genggaman sisi (pemegang tambahan)
dan pegang alat dengan kukuh pada kedua-dua
pemegang sisi / genggaman sisi dan pemegang
suis semasa operasi.
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan bahan kerja
adalah selamat sebelum operasi. Kegagalan
mengukuhkan bahan kerja dengan betul boleh
menyebabkan bahan kerja bergerak sehingga
menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
Jangan tarik alat keluar secara
paksa walaupun bit tersekat. Hilang kawalan
boleh menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
Jangan biarkan alat tertusuk
dalam bahan kerja. Jika tidak, alat mungkin bermula
secara tidak sengaja dan menyebabkan kecederaan.
NOTA: Jika kartrij bateri berada dalam suhu rendah,
kemampuan alat mungkin tidak dapat diperoleh
sepenuhnya. Dalam hal ini, panaskan kartrij bateri
dengan menggunakan alat tanpa muatan untuk
seketika bagi mendapatkan sepenuhnya kemampuan
alat.
Menarah/Menskala/Meroboh
Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-
dua tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal. Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan
menambah kecekapan.
► Rajah18
► Rajah19
FUNGSI PENGAKTIFAN
TANPA WAYAR
Aksesori pilihan
Apa yang boleh anda lakukan
dengan fungsi pengaktifan tanpa
wayar
Fungsi pengaktifan tanpa wayar membolehkan operasi
yang bersih dan selesa. Dengan menyambungkan
pembersih hampagas yang disokong kepada alat ini,
anda boleh menjalankan pembersih hampagas secara
automatik bersama dengan operasi suis alat tersebut.
► Rajah20
Untuk menggunakan fungsi pengaktifan tanpa wayar,
sediakan item berikut:
Unit tanpa wayar (aksesori pilihan)
Pembersih hampagas yang menyokong fungsi
pengaktifan tanpa wayar
Gambaran keseluruhan tetapan fungsi pengaktifan
tanpa wayar adalah seperti berikut. Merujuk kepada
setiap bahagian untuk prosedur terperinci.
1.
Memasang unit tanpa wayar
2.
Pelarasan alat untuk pembersih hampagas
3.
Memulakan fungsi pengaktifan tanpa wayar
Memasang unit tanpa wayar
Aksesori pilihan
PERHATIAN:
yang rata dan stabil apabila memasang unit tanpa
wayar.
NOTIS:
Bersihkan habuk dan kotoran pada alat
sebelum memasang unit tanpa wayar. Habuk atau
kotoran boleh menyebabkan kerosakan jika ia masuk
ke dalam slot unit tanpa wayar.
NOTIS:
Untuk mengelakkan kerosakan yang
disebabkan oleh statik, sentuh bahan pelepas
statik, seperti bahagian logam alat, sebelum
mengambil unit tanpa wayar.
NOTIS:
Apabila memasang unit tanpa wayar,
pastikan unit tanpa wayar dimasukkan ke dalam
arah yang betul dan penutup ditutup sepenuhnya.
1.
Buka penutup pada alat seperti ditunjukkan dalam
gambar.
► Rajah21: 1. Penutup
2.
Masukkan unit tanpa wayar ke slot dan tutup
penutup.
Apabila memasukkan unit tanpa wayar, selaraskan
unjuran dengan bahagian tersembunyi pada slot.
► Rajah22: 1. Unit tanpa wayar 2. Unjuran 3. Penutup
4. Bahagian berlekuk
52 BAHASA MELAYU
Letakkan alat pada permukaan

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents