Pencucian - Panasonic NI-GT150 Operating Instructions Manual

Steam generator iron
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pencucian

◆ Mencuci badan utama
Bagi kotoran degil, gunakan kain lembut yang direndam
dengan pencuci neutral untuk mencuci permukaan badan
utama.
◆ Mencuci permukaan plat tapak
Jika gam atau seumpamanya melekat pada permukaan plat
tapak, lapnya dengan kain basah.
◆ Mencuci lubang stim
Jika kerak muncul pada lubang stim, tanggalkan kerak dengan
pencungkil gigi kayu atau buluh dan kemudian lap plat tapak
dengan kain basah.
◆ Pencucian automatik
1. Letakkan tapak kuasa di atas permukaan yang stabil.
2. Keluarkan tangki air boleh tanggal dan suntik air melalui
salur masuk air. Kemudian lekatkan tangki air boleh tanggal
di atas tapak kuasa dengan betul. Tekannya sehingga
terdengar bunyi klik.
3.◎ Semasa produk dihidupkan, tekan terus butang kuasa
kira-kira 8 saat sehingga penunjuk kuasa mula berkelip
dan tiga bip dibunyikan, menandakan bahawa produk
telah bertukar kepada mod pencucian.
• Dalam mod pencucian, jika anda tekan terus butang
kuasa kira-kira 4 saat, satu bip dibunyikan dan
penunjuk paras stim eko akan dihidupkan. Jika anda
lepaskan butang kuasa pada masa ini, produk akan
memasuki mod pencucian eko, penunjuk paras stim
eko terus aktif dan penunjuk kuasa akan kekal berkelip.
◎ Bila produk telah digunakan sehingga 2,160 minit secara
terkumpul, penunjuk kuasa akan mula berkelip dan
34
tiga bip berturut-turut dibunyikan untuk mengingatkan
bahawa produk perlu dicuci. Pada masa ini, produk akan
memasuki mod pencucian secara automatik.
• Untuk menukarkan kembali produk kepada paras
stim dipertingkatkan, tekan terus butang kuasa kira-
kira 8 saat sehingga tiga bip berturut-turut dibunyikan
untuk menandakan bahawa pertukaran mod selesai
(penunjuk paras stim eko akan dihidupkan dan satu
bip dibunyikan apabila anda tekan terus butang kuasa
kira-kira 4 saat).
4. Tekan terus butang stim. Kerak dan bendasing di dalam
badan utama dikeluarkan dari plat tapak bersama-sama
dengan jumlah stim dan air yang banyak.
5. Bila tiada stim atau air dikeluarkan dari plat tapak atau
selepas kira-kira 1 minit, penunjuk kuasa akan menjadi
stabil daripada berkelip dan tiga bip berturut-turut
dibunyikan. Pada masa ini, produk akan bertukar kepada
paras stim dipertingkatkan, menandakan tamatnya proses
pencucian ini. Selepas mengelap plat tapak sehingga
bersih, letakkan seterika di atas pelapik penebatan haba
dengan betul dan kuncinya dengan selamat dan kemudian
tekan terus butang kuasa untuk mematikan produk.
6. Ikat dan letakkan hos berkord dan kord kuasa dalam ruang
penyimpanan dan simpan produk di tempat selamat.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents