Panasonic NI-GT150 Operating Instructions Manual page 32

Steam generator iron
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Nota:
a. Bila anda menggunakan produk buat kali pertama, anda
mungkin menghidu bau. Bau tersebut akan hilang secara
semula jadi selepas produk digunakan beberapa kali.
Yakinlah.
b. Bila produk digunakan buat kali pertama, sedikit partikel
mungkin muncul pada plat tapak. Ini adalah perkara biasa.
Partikel tersebut tidak berbahaya dan akan hilang selepas
beberapa ketika.
c. Bila produk dihidupkan, bunyi mungkin didengari, iaitu bunyi
pengepaman oleh pam air. Ini adalah perkara biasa.
d. Semasa pemanasan plat tapak, beberapa titisan air mungkin
terus menitis kira-kira 3 saat. Ini adalah perkara biasa.
e. Selepas penggunaan pertama, sedikit air pemeluwapan
mungkin muncul dalam hos berkord. Bila produk digunakan
lain kali, air pemeluwapan akan dikeluarkan bersama-sama
dengan stim bila stim dikeluarkan dari plat tapak, yang akan
berterusan beberapa saat. Ini adalah perkara biasa.
f. Bila mengeluarkan tangki air boleh tanggal dari tapak kuasa,
anda akan melihat beberapa titis air pada kedudukan di
tempat tangki air boleh tanggal dipasang pada tapak kuasa.
Ini adalah perkara biasa.
Arahan pengendalian
Produk ini telah direka untuk penyeterikaan kering dan
penyeterikaan stim.
◆ Penyeterikaan kering
1. Pastikan bahawa seterika diletakkan pada pelapik
penebatan haba dengan betul dan terkunci di atas tapak
kuasa dengan selamat.
2. Sambungkan bekalan kuasa. Kemudian satu bip berbunyi.
3. Tekan butang kuasa. Kemudian penunjuk kuasa menyala.
4. Tekan pemilih suhu untuk menetapkan paras mengikut
32
bahan pakaian (Lihat bahagian "Cadangan fabrik dan
penyeterikaan"). Penunjuk paras dihidupkan, penunjuk
paras stim eko akan mula berkelip dan produk mula
memanas. Selepas seterika selesai memanas, penunjuk
paras dimatikan.
5.Tekan butang buka kunci untuk membuka kunci seterika dan
mula penyeterikaan kering.
◆ Penyeterikaan stim
1. Letakkan tapak kuasa di atas permukaan yang stabil.
2. Keluarkan tangki air boleh tanggal dan suntik air melalui
salur masuk air. Penggunaan air tulen dengan kandungan
mineral yang sedikit adalah dicadangkan. Kapasiti
maksimum tangki air boleh tanggal adalah 1.8 L. Sila
pastikan tanda paras air "MAX" tidak dilebihi. Kemudian
lekatkan tangki air boleh tanggal di atas tapak kuasa
dengan betul. Tekannya sehingga terdengar bunyi klik.
3. Pastikan bahawa seterika diletakkan pada pelapik
penebatan haba dengan betul dan terkunci di atas tapak
kuasa dengan selamat.
4. a Sambungkan bekalan kuasa dan tekan butang kuasa.
Kemudian penunjuk kuasa dihidupkan. Putar pemilih
suhu untuk menjajarkan paras yang diingini dengan
penunjuk termostat (Lihat bahagian "Cadangan fabrik
dan penyeterikaan"). Penunjuk paras stim akan mula
berkelip.
b Tunggu kira-kira 8 saat sehingga penunjuk aras
dimatikan, yang menandakan bahawa plat tapak selesai
memanas. Kemudian, tekan butang buka kunci untuk
membuka kunci seterika dan tekan butang stim untuk
memulakan penyeterikaan stim.
• Jangan tekan butang stim apabila aras yang ditetapkan
oleh pemilih suhu berada di luar kawasan stim.
Jika tidak, air boleh bocor dari plat tapak.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents