Download Print this page

Philips S99 Series Manual page 67

Hide thumbs Also See for S99 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
- Pastikan bahawa ruang kartrij ditutup dahulu setiap kali
sebelum anda menggunakan sistem SmartClean untuk
membersihkan atau mengecas pencukur.
- Apabila sistem SmartClean siap untuk digunakan, jangan
alihkannya bagi mengelakkan cecair pembersih daripada
bocor.
- Sistem SmartClean membersih dengan rapi tetapi tidak
menyahjangkit pencukur anda, oleh itu jangan kongsi
pencukur dengan orang lain.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad
penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti alkohol atau aseton untuk membersihkan
perkakas.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian
bawah pencukur ketika anda membilasnya. Ini adalah
normal dan tidak merbahaya kerana semua bahagian
elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
Pematuhan standard
- Pencukur ini adalah kalis air dan mematuhi kelulusan
antarabangsa dengan keselamatan pengawalan. Ia sesuai
untuk digunakan di dalam tab atau di bawah pancuran air
dan untuk pembersihan di bawah paip. Atas sebab-sebab
keselamatan, pencukur hanya boleh digunakan tanpa kord.
- Pencukur dan sistem SmartClean mematuhi semua
piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Am
- Penyesuai dilengkapi pemilih voltan automatik dan ia
sesuai dengan voltan sesalur kuasa voltan dari 100 hingga
240 volt.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah
dan selamat tidak melebihi 24 volt.
- Aras hingar maksimum: Lc = 69dB(A)
BAHASA MELAYU
67

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

S97 seriesS9712/33S9731/33