Makita 2704N Instruction Manual page 45

Hide thumbs Also See for 2704N:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran prosedur potongan
1.
BAHAYA: Jangan sekali-kali letakkan
jari atau tangan anda di sekitar atau sebaris
dengan bilah gergaji. Kelekaan seketika atau
kesilapan boleh mengarahkan tangan anda ke
arah bilah gergaji dan mengakibatkan kecederaan
diri yang serius.
2.
Masukkan bahan kerja ke dalam bilah gergaji
hanya melawan arah putaran. Memasukkan
bahan kerja pada arah yang sama dengan
bilah gergaji yang berputar di atas meja boleh
mengakibatkan bahan kerja, dan tangan anda,
ditarik ke dalam bilah gergaji.
Jangan sekali-kali menggunakan tolok miter
3.
untuk memasukkan bahan kerja semasa
membelah dan jangan gunakan pagar belah
sebagai penahan panjang semasa potongan
silang dengan tolok miter. Memandu bahan
kerja dengan pagar belah dan tolok miter pada
masa yang sama meningkatkan kemungkinan
bilah gergaji terkapit dan tolak keluar.
4.
Semasa membelah, sentiasa gunakan daya
suapan bahan kerja di antara pagar dan bilah
gergaji. Gunakan kayu tolak apabila jarak
antara pagar dan bilah gergaji kurang daripada
150 mm, dan gunakan blok tolak apabila jarak
ini kurang daripada 50 mm. Peranti "Bantu kerja"
akan memastikan tangan anda sentiasa berada
pada jarak yang selamat daripada bilah gergaji.
5.
Hanya gunakan kayu tolak yang disediakan
oleh pengeluar atau dibina mengikut arahan.
Kayu tolak ini memberikan jarak tangan yang
cukup daripada bilah gergaji.
6.
Jangan sekali-kali menggunakan kayu tolak
yang rosak atau dipotong. Kayu tolak yang
rosak boleh pecah menyebabkan tangan anda
tergelincir ke dalam bilah gergaji.
7.
Jangan melakukan sebarang operasi dengan
"tangan bebas". Sentiasa gunakan sama ada
pagar belah atau tolok miter untuk meletakkan
dan memandu bahan kerja. "Tangan bebas"
bermaksud menggunakan tangan anda untuk
menyokong atau memandu bahan kerja, sebagai
ganti pagar belah atau tolok miter. Menggergaji
dengan tangan bebas boleh menyebabkan salah
jajaran, terkapit dan tolak keluar.
8.
Jangan mencapai sekeliling atau di atas bilah
gergaji yang berputar. Mencapai bahan kerja
boleh menyebabkan sentuhan secara tidak
sengaja dengan bilah gergaji yang bergerak.
9.
Sediakan sokongan bahan kerja tambahan
pada bahagian belakang dan/atau sisi meja
gergaji untuk bahan kerja yang panjang
dan/atau lebar agar ia rata. Bahan kerja
yang panjang dan/atau lebar cenderung untuk
berpusing di tepi meja, menyebabkan hilang
kawalan, bilah gergaji terkapit dan tolak keluar.
10. Masukkan bahan kerja dengan kadar yang
sekata. Jangan bengkokkan atau putar bahan
kerja. Sekiranya gergaji tersekat, matikan alat
dengan segera, cabut palam alat kemudian
betulkan jem itu. Bilah gergaji yang tersekat
pada bahan kerja boleh menyebabkan tolak keluar
atau mematikan motor.
11.
Jangan membuang kepingan atau bahan
potongan semasa gergaji sedang berjalan.
Bahan tersebut boleh tersekat di antara pagar
atau di dalam pengadang bilah gergaji dan bilah
gergaji menarik jari anda ke dalam bilah gergaji.
Matikan gergaji dan tunggu sehingga bilah gergaji
berhenti sebelum mengeluarkan bahan.
12. Gunakan pagar tambahan yang bersentuhan
dengan permukaan meja semasa membelah
bahan kerja yang tebal kurang daripada 2 mm.
Bahan kerja yang nipis boleh tersendal di bawah
pagar belah dan menghasilkan tolak keluar.
Penyebab tolak keluar dan amaran berkaitan
Tolak keluar ialah tindak balas tiba-tiba bahan kerja
disebabkan oleh bilah gergaji yang tersepit, tersekat
atau garisan potongan yang tidak sejajar pada bahan
kerja berkenaan dengan bilah gergaji atau apabila
sebahagian daripada bahan kerja terkapit di antara
bilah gergaji dan pagar belah atau objek tetap lain.
Selalunya semasa tolak keluar, bahan kerja terangkat
daripada meja oleh bahagian belakang bilah gergaji
dan terdorong ke arah pengendali.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
gergaji dan/atau prosedur atau keadaan operasi yang
tidak betul dan boleh dielakkan dengan mengambil
langkah berjaga-jaga yang betul seperti yang diberikan
di bawah.
1.
Jangan sekali-kali berdiri selari dengan bilah
gergaji. Sentiasa tempatkan badan anda pada
sisi yang sama dengan bilah gergaji seperti
pagar. Tolak keluar boleh mendorong bahan kerja
pada halaju yang tinggi ke arah sesiapa sahaja
yang berdiri di hadapan dan sebaris dengan bilah
gergaji.
2.
Jangan sekali-kali mencapai di atas atau di
belakang bilah gergaji untuk menarik atau
untuk menyokong bahan kerja. Sentuhan
secara tidak sengaja dengan bilah gergaji boleh
berlaku atau tolak keluar boleh menarik jari anda
ke dalam bilah gergaji.
3.
Jangan sekali-kali memegang dan menekan
bahan kerja yang sedang dipotong pada bilah
gergaji yang berputar. Menekan bahan kerja
yang sedang dipotong pada bilah gergaji akan
mewujudkan keadaan terkapit dan tolak keluar.
Sejajarkan pagar agar selari dengan bilah
4.
gergaji. Pagar yang tidak sejajar akan mengepit
bahan kerja pada bilah gergaji dan menghasilkan
tolak keluar.
5.
Berhati-hati semasa membuat potongan ke
dalam kawasan terlindung bahan kerja yang
dipasang. Bilah gergaji yang terjulur mungkin
memotong objek yang akan menyebabkan tolak
keluar.
6.
Sokong panel yang besar untuk meminumkan
risiko bilah gergaji tersepit dan tolak keluar.
Panel yang besar mudah melendut di bawah
beratnya sendiri. Sokongan mesti diletakkan di
bawah semua bahagian panel yang menggantung
permukaan meja.
45 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents