KDK K14QF Operating And Installation Instructions page 5

Table of Contents

Advertisement

Langkah-langkah keselamatan
Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku
kecederaan kepada pengguna atau kerosakan
harta benda, sila patuhi semua arahan yang
dinyatakan dalam panduan ini. Pengilang tidak akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang
kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh
kesilapan pemasangan atau pemasangan yang tidak
mengikut buku panduan.
Boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
Peralatan ini tidak direka untuk digunakan oleh
individu (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
kecacatan anggota, deria atau kebolehan mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan
mereka telah diberikan pemerhatian atau panduan
mengenai penggunaan peralatan ini oleh individu
yang bertanggungjawab mengenai keselamatan
mereka. Kanak-kanak mestilah diberi pemerhatian
untuk memastikan mereka tidak bermain dengan
peralatan ini.
Boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
Kipas Siling mesti dipasang lebih daripada 2.5 m dari
lantai dan jarak 1 m dari dinding ke Bilah Kipas.
Boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran angin dan
mengakibatkan Kipas Siling bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Rujuk Langkah
pada muka surat 15 untuk kaedah
6
pengukuran.
Selepas pemasangan, pastikan Kipas Siling tidak
terlampau goyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Gantikan kesemua Bilah Kipas jika salah satu
daripadanya patah atau retak.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh
akibat goyangan.
Pemasangan sistem gantungan hendaklah dilakukan
oleh pengilang, ejen servis atau individu yang
bertauliah.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Disarankan memeriksa sistem gantungan Kipas
Siling sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
Boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
Penggantian bahagian peranti sistem gantungan
keselamatan hendaklah dilakukan oleh pengilang,
ejen servis atau individu yang bertauliah.
Boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam rumah
sahaja. Jangan pasang di tempat yang berangin.
Boleh menyebabkan karat, warna luntur, kerosakan atau
kecederaan.
Jangan pasang di tempat yang terdapat getaran dan
hentakan tinggi.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Sentiasa mengikuti arahan berikut
AWAS
Elakkan memasang di siling berbentuk kubah.
Boleh menyebabkan aliran udara yang tidak stabil dan
mempengaruhi Kipas Siling untuk bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Lapkan kotoran dengan menggunakan kain yang
bersih dan lembut, sabun biasa dan air untuk
mengekalkan kebersihan kipas. Jangan gunakan
pelarut (gasolin, petrol, pencair, benzin, alkohol,
serbuk pencuci, detergen alkali) atau bahan kimia
lain.
Boleh menyebabkan kerosakan bahagian plastik atau
besi berkarat.
Boleh menyebabkan kecederaan jika komponen terjatuh.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

K14te

Table of Contents