LG -P768e User Manual page 74

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap
atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad
kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang
tajam kerana ia boleh merosakkan
telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair
atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga
dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba
untuk mengeluarkan atau membaiki
kaca yang pecah, sumbing atau retak.
Kerosakan pada paparan kaca kerana ia
disia-siakan dan disalahgunakan adalah
tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik
yang menjana haba pada penggunaan
biasa. Sentuhan langsung dengan kulit
dalam tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan
tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan
atau melecur sedikit. Oleh itu, anda
hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-
6
betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan
plag dengan serta merta untuk
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan
cuba mempercepatkan proses
mengering dengan sumber pemanasan
luaran, seperti ketuhar, ketuhar
gelombang mikro atau pengering
rambut.
• Cecair dalam telefon basah anda
mengubah warna label produk dalam
telefon anda. Kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair
tidak diliputi oleh waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah
alih anda berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta kebenaran.
Elakkan meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, di dalam poket dada
anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran
mungkin diganggu oleh telefon mudah
alih.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents