LG -P768e User Manual page 73

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Dalam beberapa kes, pemindahan fail
data atau mesej mungkin ditangguhkan
sehingga sambungan tersebut tersedia.
Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti
sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan
penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas
dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu
telefon ini. Penggunaan sebarang
jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti
yang berkaitan dengan telefon, dan
mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini.
Bawa ia kepada juruteknik servis yang
layak jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut
budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang
sama ada baru atau yang diperbaiki,
asalkan kefungsiannya sebanding
dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti
TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada
sumber haba seperti radiator atau
dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada
getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat
yang memerlukan anda berbuat
demikian oleh undang-undang
khas. Contohnya, jangan gunakan
telefon di hospital kerana ia mungkin
mengganggu peralatan hospital yang
sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan
tangan yang basah semasa telefon
sedang dicas. Ia boleh menyebabkan
terjadinya renjatan elektrik dan telefon
mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran
bahan yang mudah terbakar kerana
telefon bimbit akan menjadi panas dan
boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk
membersihkan bahagian luar unit
ini (jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang
lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan
berpengudaraan baik.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents