Husqvarna W25P Operator's Manual page 69

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk menghidupkan enjin yang
panas
1. Tekan pelocok sebanyak sepuluh kali.
2. Tetapkan tuas pencekik ke kedudukan lari,
kemudian tarik tali pemula sehingga enjin
dihidupkan.
AMARAN: Baca dan fahami bab
keselamatan sebelum anda membersihkan,
membaiki atau melakukan penyelenggaraan
pada produk.
Untuk memeriksa pembersih udara
• Sila tanggalkan penutup pembersih udara dan
periksa pembersih udara selepas pengoperasian
setiap 25 jam. Basuh dengan berhati-hati dalam
air suam yang mengandungi detergen neutral
sekiranya ia terlalu kotor dan letakkan semula ke
kedudukan asalnya selepas mengeringkannya
dengan teliti.
• Sekiranya pembersih udara itu terputar atau
rosak, sila gantikannya dengan yang baru.
• Kecekapan enjin akan berkurangan sekiranya
pembersih udara tersekat. Di samping itu,
bahagian dalam enjin akan mengalami kehausan
yang tidak normal jika ia dikendalikan tanpa
penapis atau jika terus dikendalikan dengan
penapis yang terputar atau rosak.
Untuk memeriksa penapis bahan
api
• Kosongkan tangki bahan api, tanggalkan penapis
bahan api dari tangki, dan keluarkan semua
kotoran selepas pengoperasian setiap 25 jam.
Sekiranya penapis tersumbat, sila gantikannya
dengan yang baru.
• Kelajuan enjin mungkin terhad atau mungkin
mengalami turun naik sekiranya penapis bahan
api tersumbat.
• Kekotoran akan terkumpul di dalam karburetor
sekiranya enjin dikendalikan tanpa penapis bahan
api dan menyebabkan ia tidak berfungsi.
PENYELENGGARAAN
Untuk mematikan enjin
• Tekan suis berhenti untuk mematikan enjin.
Untuk memeriksa palam pencucuh
• Jangan sentuh palam pencucuh dengan tangan
kosong sejurus selepas operasi, kerana terdapat
risiko melecur akibat suhu tinggi.
• Tanggalkan palam pencucuh dan keluarkan
kekotoran daripada elektrod dengan berus dawai
atau seumpamanya selepas produk beroperasi
setiap 25 jam.
• Jurang elektrod yang betul ialah 0.6 hingga
0.7mm.
• Sila gunakan item yang ditetapkan apabila
menggantikan palam pencucuh.
• Elektrod palam pencucuh menjadi kotor sekiranya
terlalu banyak bahan api diserap atau minyak
berkualiti rendah digunakan dan akan menjadikan
enjin lebih sukar untuk dihidupkan.
• Sila ambil perhatian bahawa penggunaan
mana-mana palam pencucuh selain daripada
yang ditetapkan boleh mengakibatkan enjin gagal
berfungsi dengan baik atau bahagian dalam enjin
menjadi terlalu panas dan rosak.
• Untuk memasang palam pencucuh, mula-mula
putar palam sehingga ketat jari, kemudian
ketatkan lagi suku pusingan dengan sepana
soket.
TORK MENGETAT: 14.7 hingga 21.6 N.m.
(150 hingga 220 kgf-cm)
68

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents