Soalan-Soalan Lazim; Penyimpanan Jabra Sp100; Perlukan Lebih Bantuan; Waranti - Jabra SP100 User Manual

For bluetooth mobile phones
Hide thumbs Also See for SP100:
Table of Contents

Advertisement

15

Soalan-soalan lazim

1. Berapa jauhkah JABRA SP100 daripada telefon bimbit saya untuk membolehkannya
berfungsi?
Jarak operasi biasanya ialah sehingga 10 meter (lebih kurang 30 kaki).
2. Adakah JABRA SP100 akan berfungsi dengan telefon tanpa kord saya di rumah?
JABRA SP100 tidak direkabentuk untuk penggunaan dengan telefon tanpa kord.
3. Adakah JABRA SP100 akan berfungsi dengan komputer riba, PC, dan PDA?
JABRA SP100 akan berfungsi dengan peranti-peranti serasi Bluetooth versi 1.1 (atau
spesifikasi lebih tinggi) yang menyokong set kepala dan/atau profil bebas pegang.
4. Adakah sesuatu yang boleh menyebabkan gangguan kepada perbualan saya
semasa menggunakan JABRA SP100 saya?
Peranti-peranti seperti telefon tanpa kord dan peralatan rangkaian tanpa wayar boleh
menyebabkan gangguan, selalunya menambahkan bunyi yang gemeresik. Untuk
mengurangkan gangguan, jauhkan telefon pembesar suara daripada peranti-peranti lain
yang menggunakan atau mengeluarkan gelombang radio.
5. Adakah JABRA SP100 akan mengganggu alatan elektronik kereta, radio, atau
komputer saya?
JABRA SP100 mengeluarkan kuasa yang kurang berbanding telefon bimbit biasa. Ia juga
mengeluarkan isyarat-isyarat yang mematuhi standard antarabangsa Bluetooth yang
ketat. Justeru, biasanya anda tidak tidak akan mengalami sebarang gangguan terhadap
peralatan elektronik pelanggan yang standard.
6. Bolehkan pengguna-pengguna telefon Bluetooth lain mendengar perbualan saya?
Apabila anda memasangkan telefon pembesar suara anda dengan telefon Bluetooth
anda, anda mewujudkan sambungan peribadi antara kedua-dua peranti Bluetooth ini
sahaja. Teknologi tanpa wayar Bluetooth yang digunakan dalam JABRA SP100 anda tidak
boleh dipantau dengan mudah oleh pihak ketiga kerana isyarat tanpa wayar Bluetooth
adalah lebih rendah dari segi kuasa frekuensi radio berbanding yang dikeluarkan oleh
telefon bimbit biasa. Dengan itu, ia juga mempunyai jarak yang lebih kecil, biasanya
sehingga 10 meter (lebih kurang 30 kaki).
7. Bagaimanakah saya menjaga JABRA SP100?
Untuk membersihkan telefon pembesar suara berkenaan, gunakan kain yang bersih dan
lembut yang sedikit lembap.
8. Bolehkah saya menggunakan JABRA SP100 saya ketika sedang mengecas semula?
Telefon pembesar suara boleh digunakan ketika sedang dicas semula daripada soket
dinding atau daripada pengecas kereta.
16

Penyimpanan JABRA SP100

1. Sentiasa simpan JABRA SP100 dengan kuasanya ditutup dan dilindungi dengan selamat.
2. Elakkan penyimpanan dalam suhu tinggi (melebihi 45°C / 134°F) – seperti cahaya
matahari secara terus. (Penyimpanan pada suhu tinggi akan mengurangkan prestasi dan
mengurangkan hayat bateri).
3. Jangan dedahkan telefon pembesar suara atau sebarang alatan yang dibekalkan
bersamanya kepada hujan atau cecair lain.
80
17

Perlukan lebih bantuan?

Web: www.jabra.com (bagi maklumat sokongan terkini dan Manual Pengguna dalam talian).
18

Waranti

JABRA (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan pembuatan
bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal. Syarat-syarat waranti ini dan
tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:
Waranti adalah terhad kepada pembeli asal.
Satu salinan resit anda atau sebarang bukti pembelian yang lain adalah diperlukan. Tanpa
bukti pembelian, waranti anda didefinisikan sebagai bermula pada tarikh pengeluaran
yang dilabelkan pada produk berkenaan.
Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk
dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang tidak
betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Tanggungjawab produk-produk JABRA (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan
atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri.
Sebarang waranti tersirat pada produk-produk JABRA (GN Netcom) adalah terhad kepada
satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian, termasuk sebarang kord atau
penyambung.
Terkecuali secara spesifik daripada sebarang waranti adalah komponen-komponen boleh
guna hayat terhad bergantung kepada kehausan dan kelusuhan biasa, seperti mikrofon
cermin depan, kusyen telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori lain.
JABRA (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan
atau secara langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang
produk JABRA (GN Netcom).
Waranti ini memberikan anda hak-hak spesifik dan mungkin mendapat hak-hak lain yang
berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan.
Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak boleh, dalam
sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan atau pembaikan ke atas unit ini,
sama ada semasa atau selepas tempoh waranti. Ia mesti dikembalikan ke tempat
pembelian, kilang atau agensi servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan.
JABRA (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau
kerosakan yang berlaku semasa penghantaran. Sebarang kerja pembaikan pada produk-
produk JABRA (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan
sebarang waranti.
81

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents