Memiutkan Panggilan; Panggilan Menunggu; Mod Pemanduan Malam; Mod Pejabat - Jabra SP100 User Manual

For bluetooth mobile phones
Hide thumbs Also See for SP100:
Table of Contents

Advertisement

8

Memiutkan panggilan

Untuk mengupayakan miut tekan butang miut selama satu saat. Anda akan melihat
kelipan kuning dan biru silih-berganti. Untuk menyahupayakan fungsi miut tekan butang
miut sekejap.
9

Panggilan menunggu*

Adalah dicadangkan agar anda menggunakan pad kekunci telefon bimbit anda yang
biasanya memerlukan anda menekan butang "hantar" .
ATAU
Tekan dan lepaskan
sekali untuk menjawab panggilan masuk dan bertukar antara
panggilan (setengah telefon tidak menyokong panggilan menunggu menggunakan
kaedah ini).
* Lihat seksyen Ciri-ciri tambahan bagi arahan-arahan alternatif panggilan
menunggu bagi telefon bimbit yang menyokong profil bebas pegang. Lihat
Seksyen 13 untuk maklumat lanjut mengenai profil Bluetooth.
10

Mod pemanduan malam

Untuk mengelakkan lampu-lampu LED JABRA SP100 daripada mengganggu anda semasa
memandu pada waktu malam, anda boleh menghentikan LED daripada berkelip tanpa
memberi kesan kepada operasi telefon pembesar suara.
Dengan menekan dan memegang butang miut selama 10 saat lampu biru LED akan
berhenti berkelip tetapi JABRA SP100 akan masih berfungsi. Apabila anda menutup unit
anda dan menghidupkannya semula, lampu-lampu LED akan berkelip semula.
11

Mod pejabat

Mod pejabat mewujudkan sensitiviti bunyi yang sesuai untuk memberikan prestasi optimum
JABRA SP100 di pejabat atau persekitaran rumah.
Dengan menekan dan memegang butang miut selama 5 saat anda akan melihat LED biru
berkelip pantas dan mendengar satu bip pendek.
Untuk kembali ke mod biasa, ulangi langkah di atas.
76
12

Memilih tempat letak telefon pembesar suara

Untuk prestasi optimum, letakkan JABRA SP100 anda agar selari dengan telefon bimbit
Bluetooth anda. Anda akan mendapat prestasi yang lebih baik jika tidak ada halangan
(termasuk bahagian tubuh anda) antara JABRA SP100 dan telefon bimbit anda.
JABRA SP100 didatangkan dengan dua pilihan tapak bagi kenderaan anda.
Satu klip untuk menyambungkannya ke visor matahari (Lihat Rajah 4) dan tapak lekap
untuk digunakan di cermin depan. (Lihat Rajah 5)
NOTA: Tekan mekanisme pelepas pada JABRA SP100 untuk membuka klip.
PENTING: Pastikan bahawa telefon pembesar suara tidak menghalang pandangan anda ke
jalanraya atau pengguna jalanraya lain. Adalah merupakan tanggungjawab pemilik untuk
memastikan bahawa JABRA SP100 tidak mewujudkan bahaya keselamatan dan tempat
letaknya mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah, negara dan/atau tempatan. JABRA
SP100 hendaklah pada kedudukan yang tidak mengganggu sebarang peralatan
keselamatan kenderaan, termasuk beg udara. JABRA SP100 hendaklah diletakkan dengan
kemas. Sila ambil maklum bahawa sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, objek-objek yang
tidak kemas mungkin menyebabkan kecederaan kepada pemandu kerana ia bertukar
menjadi objek yang dilancarkan.
Mekanisme pelepas
Rajah 4
Mekanisme
pelepas
Rajah 5
77

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents