Makita UB002C Instruction Manual page 47

Hide thumbs Also See for UB002C:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Suis kuasa utama
AMARAN:
Sentiasa matikan suis kuasa utama
apabila tidak digunakan.
Untuk menghidupkan mesin, tekan suis kuasa utama.
Untuk mematikan alat, tekan suis kuasa utama sekali
lagi.
► Rajah21: 1. Lampu kuasa utama 2. Suis kuasa
utama
NOTA: Mesin ini menggunakan fungsi kuasa padam
secara automatik. Untuk mengelakkan permulaan
yang tidak disengajakan, suis kuasa utama akan
dimatikan secara automatik apabila mesin tidak
dikendalikan untuk tempoh tertentu selepas suis
kuasa utama dihidupkan.
NOTA: Jika lampu kuasa utama menyala merah atau
berkelip merah atau hijau, rujuk kepada arahan untuk
sistem perlindungan mesin/bateri.
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum memasangkan pek kuasa
mudah alih ke mesin, sentiasa periksa untuk
melihat pemicu suis bergerak dengan betul dan
kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
Untuk memulakan mesin, hanya tarik pemicu suis.
Kelajuan ditingkatkan dengan menambah tekanan pada
pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
► Rajah22: 1. Pemicu suis
Fungsi pengawal luncur
Fungsi pengawal luncur membolehkan pengendali
mengekalkan kelajuan malar tanpa menarik pemicu.
Untuk menambahkan kelajuan, putar tuil kawalan ke
hadapan. Untuk mengurangkan kelajuan, putar tuil
kawalan ke belakang.
► Rajah23: 1. Tuil kawalan
Fungsi elektronik
Mesin ini dilengkapi dengan fungsi elektronik untuk
operasi mudah.
Kawalan kelajuan malar
Fungsi kawalan kelajuan memberikan kelajuan
putaran malar tanpa mengira keadaan beban.
Fungsi pencegahan mula semula
secara tidak sengaja
Apabila anda menghidupkan mesin sambil menarik
pemicu suis, mesin tidak dihidupkan dan lampu
kuasa utama berkelip hijau. Untuk memulakan mesin,
lepaskan pemicu suis terlebih dahulu dan kembalikan
tuil kawalan sepenuhnya dan kemudian hidupkan
mesin.
OPERASI
PERHATIAN:
pastikan anda meletakkan abah-abah bahu di
kedua-dua bahu anda. Jika tidak, mesin mungkin
terjatuh apabila anda memakai atau menggunakan
mesin tersebut dan menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
pastikan anda meletakkan mesin di belakang
anda. Jika tidak, mesin mungkin terjatuh dan
menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
tanah semasa ia berjalan. Pasir atau habuk boleh
masuk dari salur masuk sedutan dan menyebabkan
pincang tugas atau kecederaan diri.
1.
Tekan butang kuasa pada pek kuasa mudah alih.
Lampu kuasa utama akan menyala.
► Rajah24: 1. Butang kuasa 2. Lampu kuasa utama
2.
Pakai abah-abah bahu mesin dan kunci kancing
pada tali pinggang.
3.
Tekan suis kuasa utama untuk menghidupkan
mesin.
Mesin sedia untuk dikendalikan. Mesin akan bergerak
apabila anda menarik pemicu suis.
► Rajah25: 1. Suis kuasa utama
Pegang pemegang kawalan dengan kukuh dan lakukan
operasi menghembus dengan menggerakkannya di
sekitar dengan perlahan-lahan. Apabila menghembus
di sekeliling bangunan, batu besar atau kenderaan,
arahkan muncung jauh daripadanya. Apabila
melakukan operasi di sudut, mulakan dari sudut dan
kemudian bergerak ke kawasan luas.
► Rajah26
Apabila meletakkan mesin, buka kunci tali pinggang
dan kemudian, turunkan mesin dengan perlahan-lahan.
► Rajah27: 1. Kancing
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
47 BAHASA MELAYU
Apabila memakai mesin,
Apabila memakai mesin,
Jangan letakkan mesin di atas
Sentiasa pastikan mesin

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents