Makita HR008G Instruction Manual page 79

Cordless combination hammer
Hide thumbs Also See for HR008G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penyimpanan
NOTIS:
Apabila tidak digunakan untuk tempoh
masa tertentu, panduan muncung perlu
dipanjangkan kepada kira-kira 100 mm dari
kedudukan dipendekkan sepenuhnya. Gagal
berbuat demikian boleh merosakkan hos salur yang
diprapasang dalam panduan muncung.
► Rajah47: 1. Butang pelarasan panduan 2. Kira-kira
100 mm
OPERASI
PERHATIAN:
Sentiasa gunakan genggaman
sisi (pemegang tambahan) dan pegang alat
dengan kukuh pada kedua-dua genggaman sisi
dan pemegang suis semasa operasi.
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan bahan kerja
adalah selamat sebelum operasi.
PERHATIAN:
Jangan tarik alat keluar secara
paksa walaupun bit tersekat. Hilang kawalan
boleh menyebabkan kecederaan.
NOTIS:
Sebelum menggunakan sistem
pengumpulan habuk dengan alat, baca bahagian
tentang sistem pengumpulan habuk.
NOTA: Jika kartrij bateri berada dalam suhu rendah,
kemampuan alat mungkin tidak dapat diperoleh
sepenuhnya. Dalam hal ini, panaskan kartrij bateri
dengan menggunakan alat tanpa muatan untuk
seketika bagi mendapatkan sepenuhnya kemampuan
alat.
► Rajah48
Operasi penggerudian tukul
PERHATIAN:
Terdapat kekuatan putaran
yang hebat dan pantas pada alat/bit gerudi
semasa lubang dibolosi, apabila lubang tersumbat
dengan serpihan dan debu, atau apabila terkena
batang rod penguat yang terbenam dalam konkrit.
Sentiasa gunakan genggaman sisi (pemegang
tambahan) dan pegang alat dengan kukuh pada
kedua-dua genggaman sisi dan pemegang suis
semasa operasi. Kegagalan berbuat demikian
boleh mengakibatkan hilang kawalan pada alat dan
kecederaan yang teruk.
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
Posisikan bit gerudi di lokasi yang dikehendaki untuk
lubang, kemudian tarik pemicu suis. Jangan paksa alat.
Tekanan ringan memberi hasil yang terbaik. Pastikan
alat berada pada kedudukan dan elakkan tergelincir
dari lubang.
Jangan beri lebih tekanan apabila lubang tersumbat
dengan serpihan atau zarah. Sebaliknya, jalankan alat
tersebut pada keadaan melahu, kemudian keluarkan
sebahagian bit gerudi dari lubang. Dengan mengulangi
ini beberapa kali, lubang itu akan dibersihkan dan
penggerudian biasa dapat diteruskan.
NOTA: Operasi eksentrik dalam putaran bit gerudi
mungkin berlaku semasa mengendalikan alat tanpa
beban. Alat akan memusatkan diri secara automatik
semasa operasi. Ini tidak menjejaskan ketepatan
penggerudian.
Menarah/Menskala/Meroboh
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol .
Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-dua
belah tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal.
Menekan alat dengan kuat tidak akan menambah
kecekapan.
► Rajah49
Penggerudian pada kayu atau logam
PERHATIAN:
dan beri perhatian apabila bit gerudi mula
memecahkan bahan kerja.Terdapat kekuatan besar
yang dikenakan pada alat/bit gerudi pada masa
lubang dibolosi.
PERHATIAN:
boleh dialih keluar hanya dengan menetapkan
suis pembalik kepada putaran terbalik supaya
ia dapat dialih keluar. Walau bagaimanapun, alat
mungkin terkeluar secara tiba-tiba jika anda tidak
memegangnya dengan kukuh.
PERHATIAN:
kerja menggunakan peranti penekan atau peranti
yang serupa.
NOTIS:
Jangan sekali-kali menggunakan
"putaran dengan menukul" apabila cuk gerudi
dipasang pada alat. Cuk gerudi mungkin rosak.
Selain itu, cuk gerudi akan terkeluar apabila
membalikkan alat.
NOTIS:
Menekan alat secara berlebihan tidak
akan mempercepatkan penggerudian.Malah,
tekanan yang berlebihan ini hanya akan merosakkan
hujung bit gerudi anda, mengurangkan prestasi alat
dan memendekkan tempoh hayat perkhidmatan alat.
Tetapkan tombol penukar mod tindakan kepada
simbol
.
Untuk model HR008G
Aksesori pilihan
Pasangkan penyesuai cuk pada cuk gerudi tanpa kunci
yang boleh dipasang skru berukuran 1/2"-20, kemudian
.
pasangkannya pada alat. Untuk mendapatkan butiran
tentang cara memasang penyesuai ke dalam cuk, rujuk
arahan tentang cara memasang bit gerudi.
► Rajah50: 1. Cuk gerudi tanpa kunci 2. Penyesuai
cuk
79 BAHASA MELAYU
Pegang alat dengan kukuh
Bit gerudi yang tersangkut
Sentiasa selamatkan bahan

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hr009g

Table of Contents