Download Print this page

Makita TD110DSME Instruction Manual page 29

Cordless impact driver
Hide thumbs Also See for TD110DSME:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
8.
Pegang alat kuasa dengan permukaan
mencengkam tertebat apabila melakukan
operasi yang aksesori pemotong boleh
tersentuh wayar tersembunyi. Aksesori
pemotong yang bersentuh dengan wayar "hidup"
boleh menyebabkan bahagian logam terdedah
alat kuasa "hidup" dan boleh memberi kejutan
elektrik kepada pengendali.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
2.
Jangan pisahkan kartrij bateri.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
4.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
5.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
(1) Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
(2) Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
bekas bersama-sama objek besi lain
seperti paku, duit syiling, dll.
(3) Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan alat dan kartrij bateri di
lokasi yang suhunya mungkin mencapai atau
melebihi 50 °C (122 °F).
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
7.
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
Berhati-hati untuk tidak menjatuhkan atau
8.
memotong bateri.
9.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
10. Bateri litium ion yang terkandung adalah
tertakluk kepada keperluan Perundangan
Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersil cth. oleh pihak
ketiga, ejen penghantar, keperluan khas
pada pembungkusan dan pelabelan mestilah
diperhatikan.
Bagi persediaan item yang dihantar, berunding
dengan pakar bahan berbahaya adalah
diperlukan. Sila juga perhatikan sebolehnya
peraturan kebangsaan yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan
pek bateri supaya ia tidak bergerak dalam
pembungkusan.
11.
Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan
ia daripada alat dan lupuskan ia di tempat
selamat. Ikut peraturan tempatan anda
mengenai pelupusan bateri.
12. Gunakan bateri hanya dengan produk yang
ditentukan oleh Makita. Memasang bateri
kepada produk yang tidak patuh mungkin
menyebabkan kebakaran, pemanasan lampau,
atau kebocoran elektrolit.
13. Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa
yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada
alat.
SIMPAN ARAHAN INI.
PERHATIAN:
Makita. Penggunaan bateri tidak asli Makita, atau
bateri yang telah diubah suai, mungkin menyebabkan
bateri meletup menyebabkan kebakaran, kecederaan
diri dan kerosakan. Ia juga membatalkan jaminan
Makita untuk alat Makita dan pengecas.
Tip untuk mengekalkan hayat
bateri maksimum
1.
Cas kartrij bateri sebelum ternyahcas
sepenuhnya. Sentiasa hentikan operasi alat
dan cas kartrij bateri apabila anda menyedari
kurang kuasa alat.
2.
Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas
sepenuhnya. Terlebih cas memendekkan hayat
servis bateri.
3.
Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada
10 °C - 40 °C (50 °F - 104 °F). Biarkan kartrij
bateri yang panas menyejuk sebelum
mengecasnya.
29 BAHASA MELAYU
Hanya gunakan bateri asli

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Td110dTd110dzTd110dsae