LG G6+ User Manual page 360

Hide thumbs Also See for G6+:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pengecaman cap jari
Gambaran keseluruhan pengecaman cap jari
Anda perlu mendaftar cap jari anda pada peranti terlebih dahulu sebelum
menggunakan fungsi pengecaman cap jari.
Anda boleh menggunakan fungsi pengecaman cap jari dalam hal yang
berikut:
Untuk membuka kunci skrin.
Untuk melihat kandungan yang terkunci dalam Galeri atau
QuickMemo+.
Sahkan pembelian dengan mendaftar masuk kepada aplikasi atau
mengenal pasti diri anda dengan cap jari anda.
Cap jari anda boleh digunakan oleh peranti untuk pengenalan pengguna.
Cap jari yang sangat serupa daripada pengguna berbeza mungkin dicam
oleh penderia cap jari sebagai cap jari yang sama.
Jika peranti tidak dapat mengesan cap jari anda atau anda terlupa nilai
yang dinyatakan untuk pendaftaran, kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan
LG terdekat dengan peranti dan kad ID anda.
Langkah keselamatan untuk pengecaman cap jari
Ketepatan pengecaman cap jari mungkin berkurang disebabkan oleh
beberapa sebab. Untuk memaksimumkan ketepatan pengecaman, periksa
yang berikut sebelum menggunakan peranti.
Kekunci Power/Lock peranti mempunyai penderia cap jari. Pastikan
kekunci Power/Lock tidak dirosakkan dengan objek logam seperti
syiling dan kunci.
Apabila air, habuk atau bahan asing lain terdapat pada kekunci Kuasa/
Kunci atau jari anda, pendaftaran atau pengecaman cap jari mungkin
tidak berfungsi. Bersihkan dan keringkan jari anda sebelum membuat
pengecaman cap jari.
Cap jari mungkin tidak dicam dengan betul jika permukaan jari anda
mempunyai parut atau tidak licin kerana terendam dalam air.
Ciri rekaan khusus
29

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h870dsu

Table of Contents