LG G6+ User Manual page 339

Hide thumbs Also See for G6+:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Operasi peranti yang berkesan
Peranti elektronik
Semua peranti mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan peranti anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Sila rujuk doktor anda untuk menentukan jika operasi
peranti anda mungkin mengganggu operasi peranti perubatan anda.
Penghasil perentak jantung mengesyorkan agar anda meninggalkan ruang
sekurang-kurangnya 15 cm di antara peranti lain dan perentak jantung untuk
mengelakkan halangan dengan perentak jantung.
Peranti ini mungkin memancarkan lampu terang atau berkelip.
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin terganggu oleh peranti.
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Jika boleh, guna peranti anda dalam suhu di antara 0 ºC dan 40 ºC.
Mendedahkan peranti anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi
akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan peranti di
kawasan tempat anda memandu.
Jangan gunakan peranti pegang tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak
betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
8

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h870dsu

Table of Contents