LG G6+ User Manual page 332

Hide thumbs Also See for G6+:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengenai panduan pengguna ini
Terima kasih kerana memilih produk LG ini. Sila baca panduan pengguna
ini dengan teliti sebelum menggunakan peranti buat pertama kali untuk
memastikan penggunaan yang selamat dan betul.
Sentiasa guna aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan direka
hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti lain.
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mengalami kecacatan
penglihatan kerana papan kekunci skrin sentuh.
Perihalan adalah berdasarkan tetapan lalai peranti.
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk pada kemas kini dan sokongan
untuk aplikasi ini boleh ditarik balik tanpa notis terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai aplikasi
yang disediakan dengan peranti, sila hubungi Pusat Perkhidmatan
LG. Bagi aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi penyedia
perkhidmatan berkaitan.
Pengubahsuaian sistem pengendalian operasi peranti atau
pemasangan perisian daripada sumber tidak rasmi boleh merosakkan
peranti dan menyebabkan kerosakan data atau kehilangan data.
Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG anda dan
membatalkan waranti anda.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti
anda bergantung pada kawasan, penyedia perkhidmatan, versi perisian
atau versi OS dan tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Perisian, audio, hiasan latar, imej dan media lain yang dibekalkan
dengan peranti anda dilesenkan untuk penggunaan terhad. Sekiranya
anda mengekstrak dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan
komersial atau lain, anda boleh melanggar undang-undang hak cipta.
Sebagai seorang pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya
untuk penggunaan media yang tidak sah.
Caj tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data
seperti perkhidmatan pemesejan, memuat naik, memuat turun,
autopenyegerakan dan lokasi. Untuk mengelak caj tambahan, pilih
pelan data yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi penyedia
perkhidmatan anda untuk mendapatkan butiran tambahan.
BAHASA MELAYU
1

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h870dsu

Table of Contents