LG G6+ User Manual page 336

Hide thumbs Also See for G6+:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda
akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang
khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position (kedudukan
ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba.
Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah,
sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus
(SAR).
Peranti ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira
umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dalam keadaan
peranti memancar pada aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua jalur
frekuensi yang digunakan.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model peranti LG,
semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang relevan
bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
Antarabangsa, iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini yang diuji untuk penggunaan di telinga
ialah 0.393 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 1.120 W/Kg
(10 g).
5

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h870dsu

Table of Contents