Bosch VitaJuice MES25A0GB Instruction Manual page 16

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Resipi
Perwarnaan pada bahagian plastik (cth.
daripada lobak, ubi bit) boleh dihilangkan
dengan mudah menggunakan sedikit
minyak tumbuhan. Akhir sekali, masukkan
bahagian ke dalam mesin pencuci pinggan
mangkuk (selagi sesuai)
Menukar penapis
Tukar penapis jika ia menunjukkan tanda
lelas atau rosak, bagi mengelakkan
sebarang risiko pecah. Jika kerap
digunakan, penapis perlu ditukar selepas
lebih kurang 5 tahun.
Nasihat penting
Penapis boleh dipesan melalui khidmat
pelanggan (no. item 00648221).
Resipi
Yogurt Smoothie Tembikai
(Untuk 4 hidangan)
– 200 g yogurt asli
– 2 cubit biji vanila
– 2 sudu besar madu, secukup rasa
– 400 g isi buah tembikai, tanpa kulit
dan biji
■ Kacau yogurt dengan biji vanila dan
madu dengan sekata dan masukkan ke
dalam gelas tinggi.
■ Potong isi tembikai mengikut
kesesuaian dan perah.
■ Tuang ke atas yogurt dan jika perlu,
hidangkan dengan sepotong tembikai
sebagai hiasan
Minuman Timun Kefir
(Untuk 4 hidangan)
– 2 biji timun
– 800 g kefir
– 200 g yogurt
– 2 sudu kecil minyak zaitun
– 2 sudu besar jus lemon
– 4 sudu besar dil yang dicincang halus
– Garam
– Lada yang telah dikisar
16
■ Basuh dan cuci timun, kemudian potong
kepada empat cakera memanjang
menggunakan pengupas.
■ Peras lebihan timun.
■ Kemudian campur jus dengan kefir,
yogurt, minyak dan jus lemon.
■ Kemudian masukkan dil dan kacau, dan
masukkan garam dan lada ke dalam
minuman secukup rasa.
■ Cucuk jalur timun secara beralun ke
lidi kayu. Masukkan minuman ke dalam
gelas dan letakkan lidi dengan timun di
atasnya.
Smoothie Paprika Sayuran
(Untuk 4 hidangan)
– 2 biji paprika merah
– 8 biji tomato masak sepenuhnya
– 1 sudu teh serbuk paprika, manis
– ½ sude teh minyak zaitun
– Garam
– Lada cayenne
– 2 sudu teh jus lemon
– Lada Szechuan sebagai hiasan
■ Basuh dan belah dua paprika, buang
biji dan kulit dalam yang berwarna putih
dan potong kecil.
■ Basuh tomato, buang tangkai dan
potong kecil.
■ Perah tomato dan paprika.
■ Kacau bersama serbuk paprika
dan minyak zaitun bersama garam,
masukkan lada cayenne dan jus lemon
secukup rasa.
■ Masukkan ke dalam gelas sejuk dan
hidangkan dengan lada Szechuan yang
diparut sebagai hiasan.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Vitajuice mes3500gb

Table of Contents