Bosch VitaJuice MES25A0GB Instruction Manual page 11

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian mengikut peraturan
Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah
tangga dan di sekitar rumah.
Perkakas ini sesuai untuk memerah buahan (cth. epal, pear, plum
dan ceri yang dibuang biji) dan sayuran (cth. tomato, lobak). Ia tidak
sesuai terutamanya bagi memproses buahan dan sayuran yang
keras, berserat dan berkanji (cth. tebu, pisang, betik, avokado, buah
ara, mangga). Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan
pada suhu bilik dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting.
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat. Ketidakpatuhan
terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan betul akan
mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda
kerosakkan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada
peralatan, seperti menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan
bahaya.
■ Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas
semasa menggunakannya!
■ Jangan letak peralatan di atas atau berdekatan dengan
permukaan panas, seperti plat panas. Jangan biarkan kord kuasa
bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di atas
bahagian sisi yang tajam.
■ Jangan sesekali meredam unit asa ke dalam cecair atau
memegangnya di bawah air yang mengalir dan jangan
bersihkannya menggunakan pembasuh pinggan mangkuk.
Jangan gunakan pembersih wap. Jangan kendalikan perkakas
dengan tangan yang basah.
Pengendalian mengikut peraturan
ms
11

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Vitajuice mes3500gb

Table of Contents