Menyelesai Masalah; Penyelesaian Masalah Asas - Asus ROG Rapture GT-AC2900 User Manual

Dual-band gaming router
Hide thumbs Also See for ROG Rapture GT-AC2900:
Table of Contents

Advertisement

6

Menyelesai Masalah

Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin
hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah
yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di:
https://www.asus.com/support untuk maklumat produk lanjut
dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.

6.1 Penyelesaian Masalah Asas

Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba
langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian
lanjut.
Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
1. Lancarkan Web GUI. Pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan
Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Firmware
Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar). Klik Check (Periksa)
untuk mengesahkan jika perisian tegar terkini tersedia.
2. Jika perisian tegar tersedia, lawati tapak web global ASUS di
https://www.asus.com/Networking/ROG-Rapture-GT-AC2900/
HelpDesk_BIOS/ untuk memuat turun perisian tegar terkini.
3. Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian
Tegar), klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar.
4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar.
Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut:
1. Matikan modem.
2. Cabut keluar palam.
3. Matikan penghala dan komputer.
4. Palamkan modem.
5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit.
6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit.
7. Hidupkan komputer.
134

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents