Makita HR2300 Instruction Manual page 34

Rotary hammer / combination hammer
Hide thumbs Also See for HR2300:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pengehad tork
Pengehad tork akan bergerak apabila tahap tork
tertentu dicapai. Motor akan dilepaskan dari aci
keluaran. Apabila ini berlaku, bit akan berhenti
berpusing.
PERHATIAN:
Sebaik sahaja pengehad tork bergerak, matikan
alat dengan serta-merta. Ini akan membantu
mengelakkan alat dari haus dengan cepat.
Bit seperti gergaji lubang yang cenderung
tersepit atau tersangkut dalam lubang dengan
mudah adalah tidak sesuai untuk alat ini. Ini
kerana ia akan menyebabkan pengehad tork
bergerak dengan terlalu kerap.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Genggaman sisi (pemegang
tambahan)
► Rajah10: 1. Bonjolan 2. Alur
PERHATIAN:
Sentiasa gunakan genggaman sisi untuk
memastikan keselamatan operasi.
Pasang genggaman sisi supaya penonjolan pada
genggaman sesuai di antara alur pada tong alat.
Kemudian ketatkan genggaman dengan putaran arah
jam pada kedudukan yang dikehendaki. Ia mungkin
berayun 360° supaya dapat dipasang dengan teguh
pada mana-mana kedudukan.
Gris bit
Salut kepala bilah bit terlebih dahulu dengan sedikit gris
bit (kira-kira 0.5 - 1 g).
Pelinciran cuk ini memastikan tindakan yang lancar dan
hayat perkhidmatan yang lebih lama.
Memasang atau menanggalkan bit
► Rajah11: 1. Bilah bit 2. Gris bit
Bersihkan batang bit dan sapukan gris bit sebelum
memasang bit.
► Rajah12: 1. Bit
Masukkan bit ke alat tersebut. Putar dan tolak bit ke
dalam sehingga ia terpasang.
Selepas memasang, sentiasa pastikan bit dipasang
kemas dengan cuba menariknya keluar.
Untuk menanggalkan bit, tarik penutup cuk ke bawah
sepenuhnya dan tarik bit keluar.
► Rajah13: 1. Bit 2. Penutup cuk
Sudut bit (semasa menyerpih,
menskala atau meroboh)
Untuk Model HR2310T, HR2610,
HR2610T, HR2611F, HR2611FT
► Rajah14: 1. Tombol penukar mod tindakan
Bit boleh dipasang pada sudut yang dikehendaki. Untuk
menukar sudut bit, putar tombol penukar mod tindakan
ke simbol O. Putar bit ke sudut yang dikehendaki.
Putar tombol penukar mod tindakan ke
simbol
. Kemudian pastikan bit dipasang kemas
dengan memutarnya sedikit.
► Rajah15
Tolok kedalaman
Tolok kedalaman dapat memudahkan penggerudian
lubang pada kedalaman yang seragam.
► Rajah16: 1. Tapak genggaman 2. Butang kunci
3. Tolok kedalaman
Tekan butang kunci pada tapak genggaman dalam arah
anak panah yang ditunjukkan pada rajah dan dengan
butang kunci yang ditekan, masukkan tolok kedalaman
ke dalam lubang heksagon pada tapak genggaman.
► Rajah17: 1. Sisi lubang heksagon yang bergigi
ditanda pada tapak genggaman 2. Sisi
bergigi tolok kedalaman
Pada masa ini, tolok kedalaman perlu dimasukkan
supaya sisi bergiginya diarahkan pada lubang
heksagon yang bergigi yang ditanda pada tapak
genggaman seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
► Rajah18: 1. Butang kunci
Laraskan tolok kedalaman kepada kedalaman yang
dikehendaki dengan menggerakkannya ke depan
dan belakang sambil menekan butang kunci. Selepas
penyelarasan, lepaskan butang kunci untuk mengunci
tolok kedalaman.
► Rajah19: 1. Sisi lubang heksagon yang bergigi
ditanda pada tapak genggaman 2. Sisi
bergigi tolok kedalaman
NOTA:
Memasukkan tolok kedalaman dengan sisi
bergiginya tidak diarahkan kepada sisi lubang
heksagon yang bergigi yang ditanda pada tapak
genggaman seperti yang ditunjukkan dalam
rajah, tidak membolehkan tolok kedalaman
dikunci.
34 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hr2310tHr2600Hr2601Hr2610Hr2610tHr2611f ... Show all

Table of Contents