Keselamatan Umum - Samsung MC32K7055 Series User Manual

Hide thumbs Also See for MC32K7055 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan keselamatan

Keselamatan umum

Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi untuk
membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi yang
lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus atau air; atau di
mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam kuasa
dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh kord
kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord kuasa
dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang palam,
kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang longgar.
Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau minuman
yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/menutup
pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
6 Bahasa Melayu
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 6
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan meluap
tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada di dalam ketuhar
sekurang-kurangnya 20 saat sebelum pengendalian. Jika perlu, kacau semasa dipanaskan. Sentiasa
kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak kerana
suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu mendidih secara
mendadak.
2019-09-04
5:39:10

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents