Penggunaan Ketuhar; Bagaimana Ketuhar Gelombang Mikro Berfungsi; Memeriksa Bagi Memastikan Ketuhar Anda Beroperasi Dengan Betul - Samsung MC32K7055 Series User Manual

Hide thumbs Also See for MC32K7055 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penggunaan ketuhar

Penggunaan ketuhar

Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi

Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang dikeluarkan
membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
Mencair beku
Memanas semula
Memasak
Dasar memasak.
NOTA
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak masih
berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang ditentukan
dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
Suhu yang sama pada seluruh makanan.
12 Bahasa Melayu
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 12
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
dipantulkan pada rongga ketuhar dan diagihkan
dengan seragam sementara makanan berputar
di atas pinggan putar. Dengan itu, makanan
dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 sm). Proses
memasak berterusan apabila haba dilesapkan di
dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
Kuantiti dan ketumpatan
Kandungan air
Suhu awal (disejukkan atau tidak)

Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul

Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar anda
sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk bahagian yang bertajuk "Penyelesaian
masalah" di halaman 47-50.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah berada di
kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum (100 % - 900 W)
digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah atas pintu.
Letakkan segelas air di atas pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan mod Microwave (Gelombang mikro) dan
laraskan masa kepada 4 atau 5 minit dengan
menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil:
Ketuhar akan memanaskan air selama 4 atau
5 minit. Air itu kemudiannya akan mula
mendidih.
2019-09-04
5:39:13

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents