Download Print this page

Makita UR008G Instruction Manual page 53

Cordless grass trimmer
Hide thumbs Also See for UR008G:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
dikeluarkan daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman air.
Cecair yang dikeluarkan dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
5.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
6.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
7.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Jangan servis pek bateri yang telah rosak.
Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengeluar atau penyedia servis yang sah.
3.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
Arahan keselamatan penting untuk
alat
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan
dan semua arahan. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Tujuan penggunaan
1.
Alat ini hanya bertujuan untuk memotong
rumput, rumpai, semak dan belukar. Ia tidak
boleh digunakan untuk sebarang tujuan
lain seperti memotong hiasan tepi atau
tanaman pagar kerana ini boleh menyebabkan
kecederaan.
Arahan umum
1.
Jangan sekali-kali membenarkan orang
yang tidak mengetahui arahan ini, orang
(termasuk kanak-kanak) dengan keupayaan
fizikal, deria atau mental yang kurang, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan untuk
menggunakan alat ini. Kanak-kanak harus
diselia untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan alat ini.
2.
Sebelum memulakan alat, baca manual
arahan ini untuk membiasakan diri dengan
pengendalian alat.
3.
Jangan meminjamkan alat tersebut kepada
orang yang tidak mempunyai pengalaman
atau pengetahuan yang mencukupi
mengenai pengendalian penebas belukar dan
pemangkas tali.
4.
Apabila meminjamkan alat itu, sentiasa
lampirkan manual arahan ini.
5.
Pegang alat dengan penuh berhati-hati dan
perhatian.
6.
Jangan gunakan alat ini selepas meminum
alkohol atau ubat, atau jika merasa letih atau
sakit.
7.
Jangan cuba mengubah suai alat ini.
Ikut peraturan mengenai pengendalian
8.
penebas belukar dan pemangkas tali di negara
anda.
Peralatan pelindung diri
► Rajah1
1.
Pakai topi keledar keselamatan, gogal dan
sarung tangan perlindungan untuk melindungi
diri anda dari serpihan terbang atau objek
jatuh.
2.
Pakai perlindungan telinga seperti sarung
telinga untuk mengelakkan kehilangan
pendengaran.
3.
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk
operasi yang selamat, seperti pakaian kerja
dan kasut tidak licin yang tegap. Jangan
memakai pakaian yang longgar atau barang
kemas. Pakaian longgar, barang kemas atau
rambut yang panjang boleh terperangkap dalam
bahagian yang bergerak.
Apabila menyentuh alat memotong, pakai
4.
sarung tangan pelindung.
Keselamatan kawasan kerja
Kendalikan alat di bawah penglihatan yang
1.
baik dan keadaan siang sahaja. Jangan
kendalikan alat ini dalam kegelapan atau
kabus.
2.
Jangan kendalikan alat dalam atmosfera yang
mudah meletup, seperti dengan kehadiran
cecair, gas atau debu mudah bakar. Alat
ini menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
3.
Semasa operasi, jangan sekali-kali berdiri di
atas permukaan yang tidak stabil atau licin
atau cerun curam. Semasa musim sejuk,
berhati-hati dengan ais dan salji dan sentiasa
memastikan pijakan selamat.
4.
Semasa operasi, pastikan pemerhati atau
haiwan sekurang-kurangnya 15 m jauh dari
alat tersebut. Hentikan alat itu sebaik sahaja
seseorang mendekati.
Jangan sekali-kali kendalikan alat ketika
5.
orang, terutamanya kanak-kanak atau haiwan
peliharaan berdekatan.
53 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading