Download Print this page

Makita 9031 Instruction Manual page 20

Hide thumbs Also See for 9031:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang genggaman sisi
Bagi tujuan keselamatan anda sendiri, sentiasa guna
genggaman sisi. Pasang genggaman sisi dengan
menskru dengan kukuh pada pemegang genggaman.
Genggaman sisi boleh dipangsi untuk operasi mudah.
► Rajah2: 1. Genggaman sisi 2. Pemegang
genggaman
Memasang atau mengeluarkan tali
sawat pelelas
► Rajah3: 1. Takal belakang 2. Takal hadapan
Gelungkan tali sawat di atas takal hadapan. Pegang
alat seperti yang ditunjukkan di dalam rajah dan
tekan untuk menarik semula takal hadapan agar anda
boleh selitkan hujung tali sawat satu lagi di atas takal
belakang. Semasa menekan alat, berhati-hati agar takal
hadapan tidak berpusing tanpa dijangka, menyebabkan
anda hilang kawalan ke atas alat.
NOTA:
Anak panah di bahagian dalam tali sawat dan
yang ditanda pada takal belakang mestilah
menghala ke arah yang sama.
► Rajah4: 1. Anak panah
Menyambungkan ke pembersih
hampagas Makita
PERHATIAN:
Sentiasa tutup penutup muncung apabila
pembersih hampagas tidak disambungkan ke
muncung. Jangan sekali-kali masukkan jari
anda di dalam muncung.
Operasi menggilap yang lebih bersih boleh dilakukan
dengan menyambung penggilap tali sawat ke
pembersih hampagas Makita.
► Rajah5: 1. Penutup muncung 2. Muncung
Semasa menyambungkan ke pembersih hampagas
Makita, hos pilihan dengan diameter dalam bersaiz
28 mm diperlukan.
► Rajah6: 1. Muncung 2. Hos 19 3. Hos pembersih
hampagas 4. Pembersih hampagas
Semasa menyambungkan ke pengumpul habuk Makita
(Model 420S), hos pengumpul habuk tidak diperlukan.
Anda boleh menyambungkan penggilap tali sawat terus
ke hos pilihan 28.
► Rajah7: 1. Muncung 2. Hos 19 3. Pengumpul habuk
OPERASI
PERHATIAN:
Kukuhkan bahan kerja dengan pengapit dan
sebagainya jika ada kemungkinan bahan kerja
bergerak semasa operasi kerja.
Alat harus tidak bersentuhan dengan
permukaan bahan kerja semasa anda
menghidupkan atau mematikan alat.
Sebaliknya, boleh menyebabkan kemasan
penggilapan menjadi tidak cantik, kerosakan ke
atas tali sawat atau hilang kawalan ke atas alat.
Apabila mengendalikan alat, berhati-hati agar
alat dan tali sawat tidak tersentuh mana-mana
bahagian badan anda atau orang lain atau apa
sahaja yang berada berhampiran anda.
Sentiasa gunakan genggaman sisi (pemegang
tambahan) dan pegang alat dengan kukuh pada
kedua-dua genggaman sisi dan pemegang suis
semasa operasi. Hidupkan alat dan tunggu sehingga ia
mencapai kelajuan sepenuhnya. Sentuh perlahan-lahan
alat pada permukaan bahan kerja dan gerakkan alat
ke hadapan dan ke belakang. Tekan tali sawat sedikit
sahaja di atas bahan kerja. Tekanan yang berlebihan
boleh merosakkan tali sawat dan memendekkan hayat
alat.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Menggantikan berus karbon
► Rajah8: 1. Tanda had
Keluarkan dan periksa berus karbon dengan kerap.
Gantikan apabila ia telah haus sehingga ke tanda had.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan bebas untuk
dimasukkan ke dalam pemegang. Kedua-dua berus
karbon harus diganti pada masa yang sama. Gunakan
hanya berus karbon yang serupa.
Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus.
► Rajah9: 1. Penutup pemegang berus 2. Pemutar
skru
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
20 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading