Memakai Jam Tangan - LG Urbane -W200 User Manual

Hide thumbs Also See for Urbane LG-W200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Memakai jam tangan

Langkah berjaga-jaga untuk kalis air
Jam tangan anda telah menjalani ujian dalam persekitaran terkawal
dan terbukti kalis air dan habuk dalam keadaan tertentu (menepati
keperluan pengelasan IP67 sebagaimana yang diterangkan oleh
standard antarabangsa IEC 60529 - Tahap Perlindungan yang diberikan
oleh Kurungan [Kod IP]; keadaan ujian: 15°C/59 °F ~ 35 °C/95°F,
86 - 106 kPa, 1 meter (kira-kira 3 kaki), selama 30 minit). Meskipun
terdapat pengelasan ini, peranti anda tidak kalis terhadap kerosakan air
sepenuhnya.
Jam tangan tidak boleh terendam di dalam air melebihi kedalaman 3
kaki (kira-kira 1 meter) dan dibiarkan tenggelam melebihi 30 minit.
Peranti tidak boleh didedahkan kepada air bertekanan tinggi, seperti
ombak laut atau air terjun.
Sekiranya jam tangan atau tangan anda basah, keringkannya betul-
betul sebelum mengendalikan peranti.
Peranti tidak boleh didedahkan kepada air masin, air berion atau air
bersabun.
Ciri kalis air dan habuk jam tangan boleh rosak sekiranya jam tangan
terjatuh atau terkena impak yang kuat.
Jika jam tangan basah, gunakan kain lembut yang bersih untuk benar-
benar mengeringkannya.
Skrin sentuh dan ciri lain mungkin tidak berfungsi dengan betul jika
peranti digunakan di dalam air atau sebarang cecair lain.
Jika jam tangan telah terendam di dalam air atau jika mikrofon
atau pembesar suara basah, kualiti bunyi dalam panggilan mungkin
akan terjejas. Lap mikrofon atau pembesar suara menggunakan kain
kering untuk memastikan ia bersih dan kering.
Asas
27

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents