LG Urbane -W200 User Manual page 67

Hide thumbs Also See for Urbane LG-W200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Sebelum menghidupkan produk anda, semak maklumat keselamatan asas
yang disertakan di sini.
Keselamatan umum & pengendalian
Ketika menggunakan produk anda, beri perhatian pada garis panduan
berikut.
Persekitaran anda
Suhu pengendalian yang selamat. Guna dan simpan produk
anda pada suhu antara 0°C/32°F dan 35°C/95°F. Mendedahkan
produk anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan
mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Ketika memandu. Semasa memandu kereta, memandu merupakan
tanggungjawab pertama anda. Menggunakan peranti mudah alih atau
aksesori untuk panggilan atau aplikasi lain ketika memandu boleh
mengganggu perhatian anda. Tumpukan perhatian anda kepada jalan
raya.
Sekitar bahan letupan. Jangan gunakan di kawasan yang boleh
menyebabkan kebakaran atau letupan akibat percikan api daripada
produk.
Dalam kapal terbang. Patuhi semua peraturan dan arahan bagi
penggunaan peranti elektronik. Kebanyakan syarikat penerbangan
membenarkan penggunaan alat elektronik hanya di antara dan
bukan semasa pelepasan dan pendaratan. Terdapat tiga jenis
peranti keselamatan lapangan terbang: mesin X-ray (digunakan
pada item yang diletakkan di atas tali sawat penyampai), pengesan
magnetik (digunakan pada orang yang berjalan melalui pemeriksaan
keselamatan), dan tetongkat magnetik (peranti pegangan tangan
digunakan pada orang dan item berasingan). Produk anda boleh
melepasi melalui mesin X-ray lapangan terbang. Tetapi jangan
masukkan produk anda melalui pengesan magnetik lapangan terbang
atau mendedahkannya kepada tetongkat magnetik.
Sentiasa mematuhi sebarang peraturan khusus di kawasan yang
ditetapkan. Matikan peranti anda di kawasan yang melarang
penggunaannya atau jika ia boleh menyebabkan gangguan atau
Maklumat keselamatan
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents