LG Urbane -W200 User Manual page 62

Hide thumbs Also See for Urbane LG-W200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Tentang panduan pengguna ini
Terima kasih kerana memilih LG. Sila baca panduan pengguna ini dengan
teliti sebelum menggunakan peranti buat kali pertama untuk memastikan
keselamatan dan penggunaan yang betul. Lawati laman web LG di www.
lg.com untuk mendapatkan versi terkini panduan ini.
Selalu gunakan aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan adalah direka
bentuk hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti yang
lain.
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah visual
disebabkan oleh skrin sentuh.
Huraian berdasarkan tetapan lalai peranti.
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk kepada kemas kini dan sokongan untuk
aplikasi ini mungkin ditarik balik tanpa notis lebih awal. Jika anda mempunyai
sebarang soalan tentang aplikasi yang dibekalkan dengan peranti, sila hubungi
Pusat Perkhidmatan LG. Untuk aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi
pembekal perkhidmatan yang berkaitan.
Mengubah suai sistem pengendalian peranti atau memasang perisian daripada
sumber yang tak rasmi akan merosakkan peranti dan menyebabkan kerosakan
atau kehilangan data. Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG
dan membatalkan waranti anda.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda
bergantung pada wilayah, pembekal khidmat, versi perisian atau versi OS dan
tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Aplikasi pada produk anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara,
wilayah atau spesifikasi perkakasan. LG tidak akan bertanggungjawab bagi
sebarang isu prestasi yang timbul daripada menggunakan aplikasi yang dicipta
oleh pembekal selain daripada LG.
LG tidak akan bertanggungjawab terhadap isu prestasi atau ketidakserasian
yang timbul akibat tetapan daftaran yang diedit atau perisian sistem
pengendalian yang diubah suai.
Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh
menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
Perisian, audio, kertas dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan bersama
peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik
dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain,
anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda
BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents